JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Syawal Day 3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syawal Day 3. Papar semua catatan

Khamis, 7 Ogos 2014

SYAWAL DAY 3,4 &5 :: RAYA di Bukit Jalur, Kg Chohong MELAKA ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat dan ceria :)

Kerja budak empat orang ni mengejar arnab di hari raya.. mak itam cakap kalau dapat tangkap kita buat rendang,
tak ada yg berjaya menangkapnya..
Masih tak habis nak cerita raya lagi hehehe.. Jadi saya rangkumkan untuk tiga hari beraya di kampung en suami pula.. Hari Raya ketiga baru balik ke Felda Bukit Jalur, kami bertolak dari Shah Alam pukul 10.00pagi, jalan elok jer clear... sampai Bukit Jalur pukul 12 tengahari.. elok jer sampai kami dijamu dengan makan tengahari rendang ayam dengan maman yg sedap.. masa tu ada kak long lagi dirumah.. dua orang adik ipar saya dah balik sebab hari rabu tu dah mula kerja.. 


Pada hari raya keempat tak pergi kemana pun hanya duduk dirumah FIL dengan aktiviti memetik buah-buahan yg sedang masak ranum diatas pokok, yg jatuh melurut dibawah pun banyak, masa buah ni masak pada bulan puasa, jadi tu yg banyak jatuh begitu sahaja..
Bila pergi beraya memang adalah hidangan buah-buahan ni kan..

Hahaha boleh pulak terselit gambar en suami dengan motor Yamaha lama..

Pada hari raya ke 5 beraya di Kg Chohong, Jasin pulak rumah Mak Andak dan Mak Itam, pada hari tu mereka buat open house dan bacaan tahlil arwah..

Meriah sungguh open house mereka siap ada Photo Booth lagi.. mak2 dengan anak2 sakan berpossing ehe :)

Bacaan yassin dan tahlil arwah diadakan selepas solat Jumaat, jadi ramai orang masjid yg datang.. penuh rumah sampai kedapur..

Orang kuat didapur pak uda dan pak itam, menu hari tu Nasi Beryani, Laksa, Putu Bambu, kuih muih dan buah-buahan..

Pak Andak yg gembira dapat mengumpul kaki ayam @ cakir katanya.. tengok penuh piggan dengan kaki ayam ehe :)

Kuih Tepung Gomak yg menambat hati saya.. sedap sangat.. sempat juga tapau bawa balik shah alam ehe :)

Akhir sekali kami beraya di rumah Along Rashid di Air Keruh, sempat juga budak2 ni bermain bunga api disini.. masing2 dah mandi, pakai baju tido.. pukul 9.00pm kami pun bertolak balik ke Shah Alam, pukul 11.30pm sampai rumah.. Budak2 dalam kereta dah tido.. 
Itulah kisah tiga hari beraya dikampung en suami pulak..