JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label rumah FIL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah FIL. Papar semua catatan

Rabu, 16 Julai 2014

IFTAR 14 :: Rumah FIL pulak di Felda BUKIT JALUR :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah sudah 18 hari kita berpuasa.. dah semakin dekat kita malam Qadar ye kekawan.. semoga semakin banyak amal ibadat yg dapat kita lakukan.. seperti kata Prof Muhaya.. semoga kita menjadi orang yg tamak pada pahala, tamak pada amal ibadat, tamak mengejar masa utk kebaikan..

Nak cerita iftar di rumah bapa mertua pulak pada hari sabtu yg lalu.. lepas tu saya terus sambung cuti smpi hari isnin dan hari selasa tu cuti Nuzul Al Quran.. dapat lah berehat selama 4 hari.. tu pun tak rehat mana .. cuti tu pergi cari baju raya anak2 dan suami..
Kami sampai rumah FIL pukul 11.00 am.. tengok adik ipar dah ada yg sampai.. tanya nak masak apa.. FIL kata dia nak makan kuih koci dan buah melaka.. inti dah siap dibuatnya.. jadi saya pun jalan operasi buat dua kuih tu.. pastu en suami pergi beli lemang dan rendang daging maman.. emm sedapnya dapat makan sebelum raya ehe :) bubur lambuk tu dpt dari masjid..

Lepas tu masak lauk pulak, saya ada bawa ikan kerapu dari shah alam, so masaklah kerapu sweet sour, adik beli ketam suruh masak lemak cili api.. saya regukan dengn pucuk ubi.. pastu goreng sayur bendi, dan yg tiada dalam gambar, sup gear box, kailan goreng, ikan tinggiri goreng,..
Lepas terawih dorang makan durian pulak.. saya tak joint.. dah larat rasanya nak makan..

Pagi tu pukul 10am balik kekampung Chohong Melaka, ziarah kubur arwah mak mertua dan juga saudara mara yg ada.. lepas tu ajak mak andak gi Leno beli kasut raya.. kakak dua orang tu nak kasut tumit tinggi.. kak nabilah pilih warna pink, najeeha pula pilih warna hitam berbunga tu.. yg saya en suami pilih kan.. pakai kasut rendah sudah kata en suami.. awak tu kan slipdisc hehehe... tak do lah den nak melaram rayo tahun ni :)

p/s semalam balik kuang juga, berbuka dengan mak, abah tiada pergi berbuka dimasjid macam biasa, saya tanya mak, "abah masih puasa juga" mak kata " abah nak puasa juga, dia kata larat lagi"
Lepas berbuka saya balik shah alam.. habis pukul 11pm dapat whatsapp dari adik, abah pengsan depan laman rumah balik dari masjid.. nasib baik adik saya dengan anak2nya bermain bunga api di laman rumah tu.. sempat sambut abah dan bawa masuk bilik.. pagi tadi call adik macam mana abah.. adik kata abah demam.. suruh bawa gi klinik juga.. semoga abah cepat sembuh..