Gambar ni dah lama amik, tapi asyik tangguh jer nak buat entri.. so kita tengok gambar ye... sambil kita bercerita hehehe ^__^
Di Taman tasik Shah Alam ada jualan bunga dan pokok buahan
serta sayuran .. yang itu mat bunga :)
Kakak dua orang ni jumpa pula congkak.. masa tu ada
offer RM10 so kena beli
Masuk dalam lagi ada pulak untuk memancig, RM1 jer untuk memancing ni. Kak Jeeha dan abah pilih memancing |
Nabil dengan Kak Nabilah pilih untuk mewarna |
Kemudian Nabil datang nak joint sama sebab dah boring mewarna. Pegang macam ni dan diam, nanti ikan tak makan umpan kata abah |
Ber iya Nabil memancing, boring katanya, ikan tak makan pun.. |
Kak Nabilah pula nak joint mancing sebab dah habis mewarna.. |
Tiba-tiba pancing abah mengena, umpan telah dimakan ikan,
abah dapat dua ekor ikan...
Tak lama tu kak Nabilah pula menjerit umpan dia dah mengena, ikan dah makan, gembira sungguh dia :-)) |
wah ikan sekor buat apa tu Nabilah? hihi.. menarik jugak kan kak byk aktiviti kat sini. ;D
BalasPadamIkan yang Nabilah dapat tu ikan puyu, tu yang beli buat kawan ikan puyu yang ada seekor kat rumah tu... Setiap minggu ada program kat situ... cuma rajin dengan tidak jer nak berjalan As.. :)
Padam