Saya kongsikan artikelnya :-
Satu petang saya
hendak meletakkan laptop saya di kerusi depan (sebelah pemandu) kereta saya.
Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di
bawah handle pintu.
Ada orang yang telah
menembak kereta aku!!
Kerana panik, saya
menelefon seorang kawan yang punya bengkel kereta dan bertanya adakah dia pernah
menemui kereta yang berlubang seperti di bawah handle
pintunya.
“Ya, sudah beberapa
kali sejak akhir-akhir ini. Itu bukan lubang bekas peluru, tetapi pencuri yang
merosakkan dengan maksud untuk masuk ke dalam kereta awak. Tidak ada alarm, dan
tidak ada pecahan kaca”.
Apa yang
menghairankan,tiada barang saya yang hilang. Malah mereka mengunci semula pintu
kereta saya.
Empat hari kemudian,
rumah saya kena rompak. Banyak barang berharga telah
hilang.
Dan sekarang baru
saya menyedari, semasa perompak itu memecah masuk kereta saya, mereka tidak
mengambil apapun semasa itu, mereka cuma membuka GPS saya, dan mencari
“HOME”…..
Share sbg alert kpd
teman yang ada GPS.
Bahayakan kawan-kawan... kita kena banyak berhati-hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D
Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)