En suami suka sangat gulai telur itik ni... sama dengan nabilah dan najeeha, nabil tak suka, dia suka telur masak kicap jer :)) senang banyak kerja mama.
Gulai Telur Itik Dengan Belimbing Buluh.. yummy |
Bahan-bahan nya :) |
Saya suka tumbuk lada tu... |
Pecahkan telur didalam piring |
Kemudian masukan telur itik kedalam kuali kecil |
Selepas tu baru dialihkan kedalam periuk |
Tengok tu cantiknya dia menggelegak.. |
GULAI TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULOH
Bahan-bahannya
1. 4 biji telur itik
2. 3 biji bawang merah kecil
3. 1 biji cili merah
4. 10 biji cili api
5. 1/2 inci kunyit hidup
6. 250gm santan
7. Sehelai daun kunyit
8. 1 batang serai
9. 10 buah belimbing buloh
10. Garam secukup rasa
Cara-caranya.
1. Kisar cili api, cili merah, bawang dan kunyit hidup
2. Masukan sedit santan dan bahan kisar kedalam kuali kecil.
3. Pecahkan telur itik di piring, kemudian masukan kedalam kuali kecil.
4. Apabila telur dah separuh masak, alihkan ke dalam periuk yang telah diletak santan, sedikit garam dan bahan kisar.
5. Buat yang no3. berulang sehingga siap.
6. Selepas semua siap, baru masukan belimbing buloh, serai yang dititik dan daun kunyit.
Tak perlu letak asam keping kerana belimbing buloh sudah ada rasa masam yang begitu enak.
Ok.. selamat mencuba ^__^
Assalam Dik Yati...wah Akak panggil ni masak lemak cili api tak panggil gulai..agaknya orang selatan panggil gulai...kita kat utara ni kalau gulai tu...sama lah maksudnya dengan kari yang ada rempah tu! Apa2 pun Akak tak pernah beli telor itik...tapi biasalah buat masak lemak telor ayam jer dengan belimbing buloh ni!..memang kick lah!...Nanti kalau pergi pasar naktry beli telor itik pulak!
BalasPadamYe la kak watie, orang selatan panggil gulai, abang ipar saya orang utara bila masak kari panggil gulai.. mula-mula keliru sikit, pastu baru faham. Saya panggil masak kari tu.. kari jugak macam Kari kepala ikan merah..
PadamCubalah kak watie guna telor itik pulak.. best sebab telor dia besar..