JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 19 Mei 2012

Permintaan Untuk Hari Guru


Balik sekolah petang khamis itu, kakak berdua sibuk kata, esok hari jumaat ada hari guru di sekolah , jadi mualimah suruh bawa sedikit makanan untuk dibuat jamuan, antara menu makanan yang perlu dipilih ialah mee @ mee hoon goreng, nasi goreng, buah-buahan dan kuih muih, air mualimah yang sediakan. 

Kemudian saya kata "okey lah mama buat mee hoon goreng".
"Tak nak lah" serentak mereka menjawab
"okey lah, mama buat nasi goreng" balas saya
"tapi mama...." kata budak dua orang tu..
"tapi apa?" tanya saya
"boleh tak mama buat apam dot dot strawberry tu" rayu kakak berdua tu....

Aduh... saya ingat nak buat yang senang jer, buat mee hoon or nasi goreng rupanya ini yang diminta oleh budak dua orang ni...

"boleh lah mama, mualimah dan kawan-kawan kakak suka apam tu, masa akak bawa semasa perkhemahan tempohari, nanti kakak tolong" rayu mereka lagi.

Rela paksa, saya buat juga untuk mereka, hampir pukul 12 malam baru saya habis mengemas. Kakak nabilah habis tolong saya pukul 11pm... yang dua orang tu mata mampu bertahan takat pukul 10pm jer..
Saya buat dua adunan, permintaan yang banyak adalah apam dot dot strawberry...




Apam strawberry menggunung tinggi


Ini hadiah mualim, kakak jeeha, dia beri pen

Ini hadiah mualimah, kakak Nabilah, kain pasang


Tulis guna pen biasa, tak jelas sangat..
dia tulis I Love Mualimah ^__^


Ini bekas Kak Jeeha

Ini Bekas kak Nabilah..
 Sayang betul mereka dengan guru mereka kan... hari ibu, mama cuma terima kad aje...
Nabil sibuk nak juga untuk guru nya ^__^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)