Didalam kereta kakak cerita lagi bahawa air naik sampai buku lali terpaksa tidur dalam kelas, itu pun tak dapat tidur kerena kawan terjerit-jerit takutkan katak yang masuk kedalam kelas. Lepas tu pukul 4.00am dah ada qiamualail sampai solat subuh, lepas solat subuh kena bersihkan semua khemah yang roboh. Kakak tanya saya"mama masak apa sarapan pagi tadi, kakak lapar sangat?" Saya jawab" Nasi goreng, masih ada nasi goreng tu, mama masak banyak, nanti sampai rumah kakak basuh kasut dan mandi , lepas tu baru makan ye",
Setelah selesai semuanya kakak mandi dan terus minta nasi goreng, lepas makan kakak tertidur sampai pukul 1.00pm, punya penatnya kakak kan...
Bersama kawan satu khemah |
Muka keletihan terpancar di wajah kakak :/ |
xpe, pengalaman kan kakak. mungkin sekali seumur hidup merasa pengalaman sebegitu. *teringat jugak kisah saya sek dulu selalu ada camping, seronok bila diingat2 kembali. :)
BalasPadamKakak masih teruja untuk camping sebenarnya pada bulan julai di hutan bukit gadong katanya... Mama tak pernah khemah sebab takut keadaan gelap.. sekarang berjangkit takut gelap ni dgn Nabil ehe :)
Padam