Gulai Kemumu Dengan Udang Siap di masak :D |
Close up sikit :)) |
Inilah pokoknya seperti batang keladi kan |
Rendam dengan air garam dulu *__^ |
Masukan didalam periuk |
RESIPI GULAI KEMUMU DENGAN UDANG
1/2 kilo udang
3 batang kemumu 10 biji cili api ditumbuk
3 biji cili merah ditumbuk
3 biji bawang merah di tumbuk
1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
Santan dari sebiji kelapa (asingkan patinya)
Garam secukup rasa
Asam Keping
Daun Kunyit
Cara-caranya:
1) Buang kulit nipisnya.Potong batang kemumu lebih kuran 11/2 inci kemudian rendam dengan air garam. Ketepikan
2) Masukan bahan tumbuk dengan santan cair tadi. Masak hingga mendidih
3) Kemudian ramas-ramaskan batang kemumu tadi , lepas tu cuci dan toskan.
4) Masukan udang, sedikit asam keping,garam dan batang kemumu, kacau hingga mendidih.
5. Kemudian masukan pati santan dan daun kunyit, kacau sentiasa nanti pecah santan, lepas mendidih sekejap. Bolehlah dihidang.
Saya ambil batang kemumu di rumah kak Sah.. belakang rumah kak lang di kundang.. masak dirumah kak lang juga dengan mak.. Berselera sungguh mak makan gulai kemumu ni.. En suami pun suka dan ini lah kali pertama dia makan gulai kemumu ni.. selalu dia makan batang keladi..
Mesti di tempat kawan-kawan panggil batang kemumu ni dengan nama lain kan...
salam kak yati.....
BalasPadamkemumu ni sebenarnya keladi ke ...kak...?????
kalau pokok yg akak tunjuk tu rasanya keladi kalau yan keladi ni gulai dengan ayam memang sedap kak....
Mak akak kata bukan keladi tapi pokoknya macam keladikan.. entahlah akak pun tak tahu.. mak akak kata "KEMUMU".. bila akak pergi pasar seksyen 16 shah alam.. mak cik yang jual tu pun kata itu batang kemumu tau.. bukan keladi...
Padamsalam Nur..ohh lama tak makan sayur kemumu ni.Orang minang panggil nama lain.Semasa tinggal kat Gombak selalu makan sayur ni.Lupa lah pulak namanya tapi sangat sedap sebab tak gatal macam keladi...
BalasPadamWalaikusalam cikmanggis,
PadamMemang sedap dan tak gatal.. susah juga nak cari sayur kemumu ni kan...
rasa nyer PM tak pernah mkn lg kemumu tuh...1st time dgr nih...
BalasPadamRaso akak bolah negeri 9 banyak sayur kemumu ni PM :)
PadamCubo PM tanyo kat omak PM.. :D