KUALA LUMPUR 11 Sept. - Seorang penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di Universiti Mutah, Jordan maut dalam kemalangan ketika menjemput dua rakan pengajian yang baru tiba selepas bercuti di negara ini awal pagi ini.
Saiful Asyraf Saifudin, 22, yang mengikuti pengajian Usul Fiqh dalam jurusan Syariah di universiti berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 9 malam (2 pagi waktu Malaysia).
Allahyarham yang dikenali sebagai 'Oyak Kayo' maut manakala tiga
rakannya cedera selepas kereta sewa yang dinaiki mereka hilang kawalan ketika
melakukan pusingan U di lebuh raya antara Karak dan Aqaba.
Menurut Presiden Pelajar Universiti Mutah, Kailani Azhari,
Allahyarham bersama seorang rakan lelaki yang memandu kereta sewa itu dalam
perjalanan pulang dari lapangan terbang selepas menjemput dua penuntut
perempuan yang baru pulang bercuti di Malaysia.
"Kesemua mangsa merupakan penuntut tahun kedua di Universiti
Mutah. Kereta yang dipandu rakan arwah terbabas ketika membuat pusingan U.
"Tiga rakan arwah yang cedera dikejarkan ke Pusat Kesihatan
Hissi sebelum dipindahkan ke Hospital Tentera Karak. Arwah pula disahkan
meninggal dunia di Hospital Kerajaan Jordan, Karak.
"Setibanya di Hospital Kerajaan Jordan, jenazah dalam keadaan
yang baik kecuali pada bahagian kepala yang mengalami luka dan pendarahan.
"Jenazah arwah dibawa ke Mustasyfa Bashir di Amman untuk
diuruskan dan akan diterbangkan ke Malaysia malam ini (awal pagi esok),"
katanya menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Kailani, Allahyarham sangat dikenali khususnya di
Universiti Mutah kerana personaliti yang cukup ceria dan ramah dalam berbicara
membuatkan sesiapa yang mengenali beliau sangat senang bersamanya.
"Allahyarham sangat komited dalam menguruskan urusan
berkaitan persatuan di Mutah dan mandat terkini beliau ialah Ahli Jawatankuasa
Sambutan Pelajar Baru bagi Unit Logistik," katanya.
Sementara itu, bapa Allahyarham, Saifudin Jaafar, 49, ketika
dihubungi malam ini memberitahu, arwah merupakan anak sulung daripada empat
beradik mula melanjutkan pengajian pada tahun 2010.
"Saya reda dengan kehilangan anak saya ini walaupun perit
untuk kami sekeluarga terima," katanya yang berniaga sendiri dan menetap
di Beranang, Selangor.
Sumber : Utusan Malaysia
Al Fatihah.. teringat adik saya yang meninggal di Mesir tahun lepas.. pelajar kita juda.. adik angkat... huhuhuhuhu... Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah
BalasPadamYe Zura.. Semoga keluarga mereka tabah menghadapinya.. tadi sembang Mizan.. dia kata melihat jenazahnya tersenyum dan berbau wangi :D
PadamThe three most deadly ingredients you should
BalasPadamavoid are mineral oil, and whole treat tennis elbow with acupuncture food supplements
address nutritional deficiencies, clogged liver and colon, and others.
I will point out again, that treat tennis elbow with acupuncture I simply
had to board another plane home after arriving in the capital.
The statement said: 'The FA's system allows clubs to make a run at New Orleans in 2013.
Stop by my weblog ... howtotreattenniselbow.us