JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 31 Oktober 2013

CERITA KAKAK NABILAH MENIAGA :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kekawan semua :)

Semalam petang sewaktu menjemput nabil, sembang kejap dengan hero ni...

Nabil : Camne dengan jualan kakak ye mama... mesti lariskan...
Mama : InsyaAllah, habis lah tu, kakak kan ada strategi :)

(cerita nya disini...HARI KEUSAHAWANAN :) )

Lepas tu pergi jemput kakak di Maahad Tahfiz.... masuk jer kakak dalam kereta dalam dah tanya...

Nabil : Kakak habis tak jualan tu...
Kakak : Habis semua tapi..... (dengan muka sedih, nampak mcm lepas menangis)
Mama : Tapi kenapa pulak ni ?
Kakak : Ketua kumpulan kakak tu cuma kasi kakak RM10 jer...

Mama : Kenapa pulak camtu, kan habis jualan, modal kakak RM21, lepas tu duit tukaran syiling RM5, semua satu kumpulan                   dapat berapa ringgit ?

Kakak : Tu lah mama, kakak dah tanya kenapa bagi RM10 ajer dan mana duit syiling tukaran tu semua, kami ada 7 orang semua, jualan akak dgn kwn kakak yg habis sebab akak dan kawan akak berjalan jual rata-rata, yg 5 orang ni jualan dia orang tak habis dapat jual sikit jer, jumlah dapat semuanya RM105.00, yg ketua boleh amik RM 35 yg lain dia bagi RM10 dan kwn lagi satu RM15...(sedih jer wajahnya, kesian pulak saya tengok)

Mama : Tak pe macam ni, esok kakak terangkan pada kawan kakak tu duit modal kakak RM21 dan duit tukaran RM5, jadi semuanya RM26... minta balik utk duit modal jer baki RM16 tu, yg keuntungan kakak tu kakak sedekah jer kat dia sebab kakak kata dia takut kat mama dia sebab jualan dia tak habis, nak bayar balik modal dia tu... kakak faham tak ni...

Kakak : Faham mama, esok akak terangkan tapi kalau dia tak nak bagi camne.. mama jumpa dia boleh..

Mama : Ini lah adat berniaga kakak, hendaknya bila kita meniaga sama-sama, kita kena jujur, berdosa kita ambil yg bukan hak kita, sebab dalam Al Quran  pun ada tulis "berbuat jujurlah dalam urusan urus niaga kamu, semoga kamu berada dalam golongan orang yg jujur"... nanti kalau ada masalah call mama ye... (pujuk saya.... barulah wajahnya ceria dan kami pun tak sembang pasal tu....

14 ulasan:

  1. Allah.... kakak pulak yg sedih sama Yati. Yelah nama pun budak dah happy jualan dia habis tapi ganjaran tak seperti dijangkakan. Kakak rasa Yati kena jumpa juga ustazah Nabilla bukan apa sekadar mengajar kawan anak yg kurang jujur. Mungkin ibu-bapa anak itu pun tak tahu. Kita sama-sama membantu anak org yg kurang jujur itu pun satu kebaikan juga.

    BalasPadam
  2. Kesian kakak...harap2 boleh dapat balik lah duit modal tu kan...yg untung tu tak kisah lah...erm! tu lah budak2 ni kena ajar juga ttg kejujuran dlm berniaga....

    BalasPadam
  3. mujur anak dara akak bole terima penjelasan... ermmm saya pulak rasa x puas hati ni...

    BalasPadam
  4. alahai kesian lah pula....si Nabilah tu......sabar ye dik.....insyaallah Allah ganti rezeki yg lain....

    BalasPadam
  5. kesian...budak2...walau nilai rm 1 pun besar ertinya pada mereka..

    BalasPadam
  6. Kena ada bimbingan dewasa bila bdk2 meniaga ni..kalau tak ada yg tertindas gini. Kesian..

    BalasPadam
  7. kesian Nabila...kena bagitau cikgu dia tu...kawan Nabila tu pandai kecoh ni.

    BalasPadam
  8. sian kakak..harap masaalah kaka selesai la hari ni ..anak2 acik dulu..memang tak bagi duitnya semua masuk dalam duit kelas untuk makan2 akhir tahun katanya

    BalasPadam
  9. Kalau saya pun x reti nk niaga :(

    BalasPadam
  10. Kesiannya kak nabilah. 2 kira kes buli kwn jugak.

    BalasPadam
  11. aik,...boleh lak ketua dia amik lebih..mana leh camtu

    BalasPadam
  12. bukan nak kira bab duit aje kena jujur....dlm semua perkara pun. semoga kakak belajar daripada perkara yg dia alami ni..& utk semua jugak.

    BalasPadam
  13. Budak budak berniaga CH....ramai pulak sharing partnernya...confuse kot mereka nak mengira duit hehe....

    BalasPadam
  14. kesiannya,,,
    sekolah saya pun ada buat jugak baru2 ni..tapi kami siap2 bagi borang pada setiap kumpulan..tulis modal setiap ahli kumpulan dan keuntungan yg dapat..duit tu diagihkan sama rata...ckgu yg memantau bab duit ni takut timbul masalah pada murid2..dia orang baru jer belajar nak berniaga..jadi tak mahir lagi bab2 macam ni...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)