JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 5 November 2013

CUCUR SOTONG .... SEMPENA MAAL HIJRAH 1435H ;)



Assalamualaikum dan selamat menyambut maal hijrah 1435H kekawan semua..
Semoga tahun ini lebih cemerlang dari tahun sebelumnya.. Petang semalam dan awal maghrib surau ditaman saya buat majlis sambutan awal muharam ni.. rata2 masjid kebanyakan dah mengimarahkan maal hijrah ni kan..

Sarapan pagi apa hari ini kekawan, saya pagi tukar resepi, org biasa buat cucur udang tapi saya buat cucur sotong, dah itu yg ada dlm peti ais, sedap juga kata anak2 saya, mcm sotong goreng tepung pulak.. cicah dgn cili sos ... perghh habis sekali hadap oleh budak2 tiga org ni sama mama dan abah..


Resepi lebih kurang macam cucur udang tapi saya buat bahan yg ada dlm peti ais tu jer... nak tengok apa bahannya... jom kita tengok kat bwh..

RESEPI CUCUR SOTONG
Bahannya :-
  • 5 ekor sotong dipotong tiga atau empat
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 2 cawan tepung gandum
  • segenggam ikan bilis ditumbuk
  • setengah carot disagat halus
  • sedikit garam
  • air masak secukupnya
Caranya :-
  1. Masukkan tepung, ikan bilis, carot,bawang dan garam. Gaul mesra.
  2. Kemudian baru dituang air sedikit demi sedikit, sehingga lembut yg boleh di buat cucur.
  3. Panas minyak dalam kuali, kemudian guna senduk kecil, sendukan tepung tadi lepas tu letak sotong diatasnya.
  4. Celupkan dlm minyak panas tadi, biarakan tepung keluar sendiri.. ulang sehingga bahan habis.
  5. Setelaj itu hidang bersama sos cili.

5 ulasan:

  1. Yati suka dgn sotong...anak2 saya pun suka sotong...tpi mak depa jarang masak sotong.

    BalasPadam
  2. Ptg2 + hujan2 ni brtmbah sedaplh yati....nyum.

    BalasPadam
  3. Salam maal hijrah kak Yati...
    menarik la sotong bunga tu.. nym nyum...

    BalasPadam
  4. Salam kak yatie.. semalam tun buat cucur jugak.. tp cucur udang, campur2 ada yg ada dlm peti.. hihi.. mmg xjemu mkn cucur ni kan :)

    BalasPadam
  5. Ohhhh ikan bilis pun kena letak jugak yeh CH...rajin membungakan sotong tu CH hehe...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)