Assalamualaikum dan salam sejahterah , serta selamat menyambut awal Muharam kekawan....
Ini cerita nasi ayam pada hari ahad lepas, masa jalan-jalan nak beli ayam, Najeeha pun cadangkan buat nasi ayam, "mama beli kaki ayam tu buat sup" kata jeeha.. penggemar kaki ayam jeeha ni... kaki ayam ni pun dah RM5 sekilo kekawan , tak da lah saya beli sekilo, saya beli RM3 jer nak buat sup untuk regu dengan nasi ayam. Untuk ayam goreng berempah tu saya beli peha dan kepak ayam... bahagian ni yg budak-budak sukakan...
Saya terlupa pulak membeli daun salad dan timun, jadi saya regukan dengan kobis, carot dan tomato.. buat macam nasi arab pulak tu... hehehe pandai saya cover line...
Saya masak dalam rice cooker jer, gambar tak nampak pulak kuning nasi ayam tu...
Sup kaki ayam saya yg begitu beriye mendidih... aromanya membuat Nabil bertanya berkali-kali bila boleh makan ni.... lupalak saya nak ambil gambar ayam goreng berempah tu...
Resepi saya mudah jer... main campak-campak bahan yg ada tu. Jom tengok resepi nasi ayam yg mudah nii :)
RESEPI NASI AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan nasi :-
- 3 cawan nasi ( 5 beranak punya makan ehe)
- 3 1/2 cawan air rebusan sup
- 1 sudu kecil minyak sapi
- 1/2 kiub pati ayam maggi
- 1 inci halia
- 1 ulas bawang putih(di hiris)
- 1 ulas bawang merah kecil (dihiris)
- 1 biji pelaga, bunga lawang dan bunga cengkeh
- sedikit serbuk kunyit
Caranya :-
- Basuh beras dan toskan.
- Panaskan minyak sapi dalam kuali, Tumis bahan dalam kuali sehingga wangi.
- Lepas tu masukan air rebusan sup, sedikit serbuk kunyit untuk kuningkan nasi serta sedikit garam.
- Kemudian tuangkan kedalam rice cooker. Masakan...
Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah:
5 bahagian kepak dan 5 bahagian peha ayam (ikut suka hati anda ye )
1 1/2 sudu teh ketumbar*
11/2 sudu teh jintan manis*
1 1/2 sudu teh jintan putih*
4 batang serai*
Sedikit kunyit hidup*
1 labu bawang besar *
3 inci halia*
5 ulas bawang putih* (*kisarkan)
Garam
Minyak
Caranya :-
- Gaul bahan-bahan kisar serta garam selama 2 jam... lagi lama lagi sedap sebab bahan dah meresap kedalam daging ayam.
- Kemudian panaskan kuali dan goreng ayam sehingga masak
- Angkat dan letakan ke tepi
Bahan-bahan sos cili:
*3 biji cili besar
*1 biji tomato
*1 ulas bawang putih (* kisarkan)
Garam dan gula
Cara-cara:
- Kisar bahan bertanda *.
- Campurkan dengan cili kisar dan masak dengan api perlahan.Masukan sedikit air
- Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga pekat.
Bahan Kicap
2 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air sup ayam
Caranya :-
- Masukan semua bahan dalam periuk, masak sehingga mendidih.
- Kemudian angkat masuk dalam mangkuk.
Memang mudah jer masak ayam berempah saya ni, hidangan ini untuk lima beranak tau, kalau nak makan ramai sila tambah sukatan tersebut.
"Selamat mencuba ^___^ "
rancangan untuk esok adalah nasi ayam... boleh gak buat cara cam gini .... ehmmmmm
BalasPadamsedap..ayam goreng berempah..
BalasPadamAssalam
BalasPadamSelamat thn baru
Nasi ayam feberet ank dara kat umah sy. Sedapp kalu yg berempah,
smlm menu nasi ayam gak he hee
Nasi ayam kalau regunya dgn ayam berempah sedap Yati. Anak kakak pun suka kaki ayam sup sebab kembang kan..
BalasPadamlama Nur tak buat nasi ayam...
BalasPadamsedapnya...
salam maal hijrah...
tengok yati punya nasi ayam terus lapo... jeles punya pasal buat jugak nasi ayam! mata ni mmg x leh tengok, nak saja!
BalasPadamLama jugak xmasak nasi ayam ni. Tqsm 4 sharing.
BalasPadamNasi ayam ni kalau dah lsma tak buat mmg teringin jugak tekakkan CH...hehe
BalasPadam