JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 22 Januari 2014

IKAN KERAPU TIGA RASA.... eemmm mudahnya

Assalamualaikum kekawan ;)
Belajar rajinkan diri buat entri dua kali sehari ehe ;)

Saya masak ikan kerapu ni semalam, memenuhi kehendak anak2, asalkan mereka makan bertambah, hilang penat memasakan, kak nabilah smpi tiga kali menambah, nabil pun sama smpi en suami nak gi surau dia tak habis makan tapi nak ikut, kena tunggu sekejap.
Resepi ni saya ambil dari buku masakan Chef Hanieliza... jom intai resepi yg mudah ni ;)


RESEPI IKAN KERAPU TIGA RASA
Bahannya :-
  • 1 ekor ikan kerapu (ikan saya yg sedang tu yg dua ekor ;))
  • 1 sudu besar tepung jagung(salut ikan)
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang merah *
  • 3 cm halia*(*dihiris)
  • 3sudu besar sos tomato,sos cili,sos tiram.
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu teh gula pasir
  • garam
  • minyak utk menggoreng
  • 2 biji tomato dipotong empat
  • 1 pokok daun bawang dan sup.
Caranya :-
  1. Sapu garam, kunyit dan tepung jagung di sekeliling ikan.
  2. Goreng ikan sehingga masak kekuningan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, kemudian tumis bahan hiris sehingga wangi.
  4. Masukan bahan sos dan biarkan mendididh. Kacau sekata.
  5. Masukan tomata yg dipotong empat bersama daun bawang sup yg dipotong sedang.
  6. Curah kuah sos di atas ikan. Siap utk dihidang .

7 ulasan:

  1. Bila dah siap apa lagi makanlah ye tak.
    Kakak macam nak buat pulak petang ini tapi tengoklah kalau rajin macam Yati boleh juga buat.

    BalasPadam
  2. menu mcm ni anak2 sy suka..sedapnya...

    BalasPadam
  3. wahh...sedap dan menyelerakan la kak...simple pun simple....jamu mata kat sini....hehehe...

    BalasPadam
  4. sedapppnya ikan kerapu... boleh cuba masak nanti...:)

    BalasPadam
  5. sedapnyer.. nak sikit...
    suka masak simple tapi sedap ginikamn...

    BalasPadam
  6. Suka baca resepii tp nak tulis balik tu yg malas ....hehe mmg dasar pemalas sungguh!

    BalasPadam
  7. Tk saya masak ini hari ini. Tadi no idea apa nak masak

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)