Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 28 Januari 2014

SOSEJ ROLL ~ eemmmm dappppp nya ^___^


Assalamualaikum kekawan... moga sihat dan ceria :)

Petang semalam semasa mengambil mereka dari sekolah, najeeha berkata "mama, dah lama mama tak buat sosej roll yg goreng dengan telur tu".... "ye la mama" Nabil pula menyokong saranan kak jeeha nya... maka saya singgahlah di Mydeen bila sosej ayam dan roti...

Pagi-pagi tadi selepas subuh bermulalah operasi mamanya ini membuat sarapan sosej roll yg di kehendaki... Alhamdulillah minta sarapan yg senang ni jer ehe :)
Beriye mereka bertiga sarapan pagi tu... memang agak lama saya tak membuat sosej roll ni buat mereka, mereka siap tapau pulak kesekolah, makan dirumah tiga seorang pastu bawa ke sekolah pun tiga seorang apabila saya buat kerat dua, dapat semuanya dua puluh... rasa puas hati sangat tengok muka mereka dapat makan apa yg dihajati :)

Resepinya memang mudah jer kekawan.... jom intai ;)

SOSEJ ROLL

Bahannya :-
  • 1 peket sosej dipotong dua
  • 10 keping roti dipotong dua juga
  • 2 biji telur
  • minyak utk menggoreng
Caranya :-
  1. Rebus sosej didalam periuk, apabila dah masak, toskan .
  2. Kemudian ambil roti dan letak kan sosej ditengahnya lepas tu gulungkan. Buat seterus yg sama sehingga roti habis.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng, sementara tu pukul telur bersama sedikit garam.
  4. Kemudian celupkan roti yg telah digulung bersama sosej hingga sekata, lepas tu goreng sehingga kekuningan dan angkat.
  5. Siap utk dihidangkan bersama sos cili


12 ulasan:

  1. demi anak2...tak sampai hati tak buat kan...rasa mcm nak buat je sosej roll ni...

    BalasPadam
  2. Puas hati mereka dah dpt apa yang dihajati
    Ibu pun puas juga bila yg dibuat dimakan.

    BalasPadam
  3. mmg seronok bler anak2 makan air tgn kita...

    BalasPadam
  4. sosej roll mmg kegemaran anak2..lagi2 hasil dari tangan ibu yg rajin membuat dengan kasih sayang..maka terciptalah satu hidangan untuk sarapan..:)

    BalasPadam
  5. senang nak buat kan Kak.. sy pun nak buatkan pae lah nti...hehe..
    pandai abg Nabil pujuk mama ya...:)

    BalasPadam
  6. boleh lah aku buatkan tuk budak2 esok pagi ni T...pg td dorang nak nasik goreng planta pulak...orderrr sahaja kan budak2 ni...tp tgk anak2 mkan sarapan nak kesekolah..lega hati...duit belanja pun bg kuranggg...jimattt duittt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sodap nasi goreng planta tu Nie.. boleh jugak aku buat utk dorang sok pagi ;)

      Padam
  7. simple je tapi sedap..saya pon suka..
    puas hati kan dapa puaskan hati anak-anak lebih-lebih lagi bila diorang makan dengan selera..

    BalasPadam
  8. ank2 mmg suka makan..nk sedap lagi hancurkan biskut cream krecker tu ..lepas celup dlm telur, golek2kn dlm serbuk biskut n goreng...nyum.nyum.nyum....

    BalasPadam
  9. Blog Noe tadi ada buat benda ni...dia teringin sebab tgk blog CH lah yeh...hehe lama dah okje tak buat mcm teringin pulak nak buat!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)