JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 2 Januari 2014

RENUNGAN :: JOM ULANG KAJI ~ RUKUN QAULI DALAM SOLAT

Assalamualaikum kekawan... salam Jumaat yg barakah :)


Jom kita ulangkaji... mungkin ada yg dah terlupa ke.... saya ambil

 dari FB yg dikongsi oleh rakan... sekaran kongsi pula disini... 

semoga memberi manfaat.....


RUKUN QAULI DALAM SOLAT


Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-
fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.


Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.


Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)

2. Qauli (diucap dengan lidah)

3. Fi'li (perbuatan)


Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]

2. Niat.[Qalbi]

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]

5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]

6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]

7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]

9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]

12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

13. Tertib [Qalbi]



Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
(Surah Al-`Isra' ayat 110)
http://uniqueummah.blogspot.com/2012/10/rukun-qauli-dalam-solat.html


5 ulasan:

  1. Ada juga baca yg kwn post dalam FB… sama-sama kita ulangkaji :)

    BalasPadam
  2. TQ sharing kak.. dapt juga ilmu baru...:)

    BalasPadam
  3. Jgan pandang remeh bab rukun Qauli dan fi'li yg menentukan sah solat kita. Ada yg solat sekadar kumat-kamit telinga sendiri tak dengar ketika membaca fatihah contohnya - solat tak sah.

    Bagus Yati buat N3 ini. panduan buat anak-anak yg masih tak faham..

    BalasPadam
  4. memang kadang terlepas pandangkan... h

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)