JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 3 Januari 2014

# BACK TO SCHOOL :: SEKOLAH AGAMA KE TIGA NABILAH... ^___^

Assalamualaikum kekawan... salam jumaat barakah utk semua :)

Semalam dah bermula hari persekolahan yg pertama bagi anak-anak kita semuakan, tengok blog rata-rata update entri menguruskan anak kesekolah... begitu juga dengan saya, semalam bercuti mengurus kakak berdua tu sekolah, Nabil hari isnin baru Maahad Tahfiz Nurul Hanna mula sekolah....



Semalam petang menghantar Nabilah ke Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, banyak betul sekolah Nabilah ni... Dari darjah satu hingga empat Nabilah bersekolah di Sekolah Rendah Hira` Batu Belah Klang, bila darjah lima bertukar pula ke Maahad Tahfiz Az Tazkar, oleh kerana darjah enam tiada disitu maka terpaksalah saya mendaftarkan Nabilah di SRA Seksyen 3 Shah Alam sebab tahun ni ambil UPSRA pulak. Alhamdulillah anak saya ni jenis ramah, jadi senang dapat kawan, masa saya jemput dia petang dia bagi tau, kakak dah dapat kawan baru namanya Alisha, anak cikgu katanya..

Kesian nabil yg teruja nak kesekolah bila tengok kawan2 kesekolah... nabil ni bila nak sekolah mama, hehehe risau sangat dia... Nabil hari isnin baru sekolah ye :)

p/s anak kekawan semua ok ke sekolah...

11 ulasan:

  1. Alhamdulillah semua anak2 yati ke sekolah agama...selamat tahun baru

    BalasPadam
  2. selamattahun baru Kak Yati.......

    banyak sekolah banyak kawan2 & banyak juga pengalaman.....betul tak...?

    BalasPadam
  3. belum start jugak lagi ni..isnin baru mula..hrpnya ok la..bagusnya kak nabilah tak kisah tukar2 sekolah ye dia

    BalasPadam
  4. Warna kain Nabila sama dgn warna kain sekolah anak kakak. Sekolah-sekolah menengah aliran agama di Johor pun pakai warna itu juga. Tapi kalau pengawas tak samalah..

    Aliran agama ni tiap tahun ada periksa Yati bukan darjah 6 aje. Tingkatan satu ada SIB, tingkatan 2 - SMRA, ting. 3 - PBSMR, ting.4 - SMA, ting. 5 - SPM dan tingkatan 6 - MUET dan STAM.

    BalasPadam
  5. Salam....Selamat Tahun Baru buat akak sekeluarga dan selamat menempuh alam persekolahan bagi anak-anak yang masih bersekolah...

    BalasPadam
  6. Alah CH anak okje dah besar....mmg ok banget le hari pertama ke sekolah pun....

    BalasPadam
  7. Assalam
    Cantik ank dara ni
    Memang sibuk dgn sekolah ank2 awal thn ni kan

    BalasPadam
  8. seronok kakak nabilah sekolah ye...sy ni blm ada pengalaman Kak..
    kena tunggu pae masuk sekolah thn dpn insyaAllah...:)

    BalasPadam
  9. sekolah ni boleh hntar anak sebelah petang je tak? sebb pagi dia sekolah kebangsaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekolah maahad tahfiz az tazkar tu boleh hantar ptg aje KH..

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)