JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 7 Januari 2014

WAKEUP NABIL BUAT KERJA SEKOLAH ..... :)

 Assalamualaikum kekawan semua....

Semalam saya bercuti lagi kerana Nabil baru mula sekolah darjah satu di Maahad Tahfiz Wal Qariaat / Sekolah Rendah Islam Al Hanna... Suka betul dia dapat masuk sekolah... ye lah kekawan lain dah dua hari dah masuk sekolahkan....

Masa balik ambil dari sekolah petang tu dia siap pesan, cikgu bagi kerja sekolah Jawi.. kena buat kat rumah....
Penyudahnya lepas maghrib dah tertidur.... kesian pulak nak bangunkan dia... bila tengok lena sangat tidonya tu... Kak jeeha bangunkan pun dah tak boleh nak buka mata hahaha :P

Mula kelas dengan mengaji quran... songkok dan pakaian saragam nabil tak ada lagi... pakaian seragamnya berwarna biru tu... saya pakaikan nabil baju putih jer sementara dapat baju... kopiah yg ada tak muat pulak kena cari kopiah baru ni..


Najeeha pun nak sekolah yg sama dengan Nabil, sekurang-kurangnya boleh tengokkan Nabil, lagi pun dia yg minta utk hafaz al quran katanya..

Nabilah jer sekolah kebangsaan biasa dan agama sebab tahun ini dia nak ambil UPSR kan sebenarnya dia pun berminat nak masuk hafazan... insya Allah tahun depanlah kak Nabilah mama carikan sekolah yg hafazan untuk perempuan...


7 ulasan:

  1. Bagusnya abg Nabil... penat lah tu Kak, smpi tertidur...hihi..
    bagus lah kak, sana byk pilihan sekolah agama nak antar anak..klu kat sini pilihan tak byk..erm! dok berkira2 ttg sekolah utk pae nti...:)

    BalasPadam
  2. awal2 anak sekolah mmg letih sokmo...perubahan jadual katakan. lama2 nanti dia biasa.

    BalasPadam
  3. Penat sgt Nabil pergi sekolah yer… Bagusnya kakak Najeha pun minat hafaz quran :)

    BalasPadam
  4. bagusnya yati hantar ank2 sk tahfiz...sejuk mata memandang...Kt area sini sukar nk cari sk tahfiz..InsyaAllah 2thn lg farouk pn akn dihantar ke sk tahfiz....

    BalasPadam
  5. Mula2 yatie tu yang letih tu.anak acik dulu sampai tertidur dalam kelas ugama petang..

    BalasPadam
  6. bagusnya kalau nabil minat nak menghafaz al quran..kalau dia minat insyaAllah senang dn dipermudahkan

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)