Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 4 Januari 2014

TIPS : Pujuk Anak Buat Kerja Sekolah

Assalamualaikum kekawan... happy weekends..

Nabilah skrg dah darjah enam, cikgu dah mula memberi kerja rumah dan belajar buat nota. Saya tahu ramai ibu yang menghadapi masalah untuk memujuk anak membuat kerja sekolah mereka. Alhamdulillah setelah mencuba tips yang diberikan, nampak sikit perkembangan yang bagus buat anak-anak saya. Tips ini saya dapat di surat khabar. Jom.. kita cuba tips ini :-

Pujuk anak buat kerja sekolah


Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

MEMANG memenatkan. Mana tidaknya hampir setiap hari harus mengingatkan anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Yang naik risau kita, bukannya anak-anak. Mereka selagi tidak mendengar leteran atau desakan, tidak akan angkat punggung untuk membuat kerja sekolah.

Lagi memeritkan, kitalah yang harus duduk bersama-sama semasa membuat kerja sekolah sehingga kerja-kerja rumah lain tergendalam. Lagi teruk apabila ibu atau bapa yang menyelesaikannya kerana anak-anak langsung tidak faham atau mengantuk.

Ini adalah antara rungutan-rungutan yang selalu diluahkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.

Kadangkala leteran itu telah menjadi 'lagu merdu' bagi anak-anak dan bukan lagi arahan yang perlu diikuti dan ditakuti.

Ini sebenarnya adalah lumrah hidup kanak-kanak. Mereka sememangnya tidak suka membuat kerja sekolah. Sehubungan itu, tanamkan minat mereka untuk menyukai kerja sekolah.

Selain itu, ibu bapa harus ingat bahawa anda tidak boleh memaksa mereka melakukannya atau belajar.

Begitu juga, menyelesaikan kerja sekolah adalah masalah anak-anak. Justeru, mereka harus menggerakkan pensel mereka. Otak mereka harus berfikir. Punggung mereka harus diletakkan di kerusi.

Ramai ibu bapa beranggapan bahawa kerja sekolah adalah masalah mereka. Jadi mereka mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan seperti menjerit, marah, mengugut atau menarik balik keistimewaan yang diberi. Bagaimanapun kebanyakan taktik ini tidak memberi kesan.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi peluang kepada anak-anak membuat kerja sekolah. Tugas kita ialah menyediakan struktur dan mewujudkan sistem. Tugas anak ialah menggunakan sistem itu.

Sehubungan itu, terdapat beberapa panduan yang boleh dilakukan bagi memujuk anak membuat kerja rumah.




Wujudkan ruang sesuai untuk membuat kerja sekolah

Antara alasan mengapa anak-anak tidak berminat membuat kerja sekolah ialah tidak cukup peralatan. Kadangkala tidak mempunyai rujukan yang sesuai dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Justeru, wujudkan satu tempat atau stesen kerja sekolah atau tempat belajar di rumah. Stesen itu mestilah:

·  Jauh daripada ruang televisyen atau tempat permainan video.

·  Lengkapkan dengan meja, kerusi atau komputer bergantung pada umur anak.

·  Pastikan alat tulis lengkap.


Buat jadual


Dengan jadual ia boleh membentuk tabiat untuk melaksanakan kerja rumah di kalangan anak-anak. Ini sekali gus mengurangkan tekanan ibu bapa.
Sebagai ibu bapa, buat jadual dan tetapkan waktu yang sesuai setiap hari.

Pastikan bilakah masanya anak mesti melakukan kerja sekolah. Beri kelonggaran kepada mereka untuk menentukan waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran.

Kadangkala bagi mengelakkan melakukan kerja sekolah, anak akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai tugasan pun.
Justeru itu, masa yang telah ditetapkan melakukan kerja rumah haruslah diganti dengan waktu untuk belajar.

Ingatkan mereka 10 minit sebelum waktu ditetapkan supaya mereka peka. Insya-Allah, selepas beberapa minggu atau bulan, anak anda akan melakukannya sendiri tanpa disuruh.


Bantu menguruskan perancangan kerja sekolah


Bantu anak untuk membuat perancangan menguruskan tugasan sekolah.
Sediakan perancangan harian atau kalendar. Galakkan anak untuk membuat nota tarikh hantaran terakhir atau ujian akan datang dalam kalendar. Bantu mereka membuat jadual dan jelaskan bahawa waktu yang terurus tidak akan membebankan mereka.
Selalu ingatkan mereka. Apabila anak telah biasa menggunakan kalendar dan jadual waktu, mereka akan tahu manfaat dan melakukan kerja sekolah itu sendiri.


Jadikan diri sebagai contoh

Banyak kanak-kanak merasakan melakukan kerja sekolah adalah satu bebanan dan ia dilakukan secara terpaksa kerana arahan ibu bapa.

Akibatnya mereka jadi terganggu apabila tibanya waktu belajar. Untuk atasi masalah ini cuba minimumkan gangguan semasa anak-anak belajar seperti menutup televisyen dan radio.

Ibu bapa perlu gunakan waktu ini melakukan kerja-kerja rumah, uruskan pembayaran bil dan sebagainya.

Dengan ini, anda bukan sahaja meredakan gangguan, tetapi menunjukkan kepada anak bahawa anda juga melakukan 'kerja' di luar waktu kerja anda.

5 ulasan:

  1. Assallamualaikum kak Yatie..
    Ermm..mmg betul tip2 ni kak. Nadz pun mmg buat cam tu sejak anak2 mula sekolah dulu. Tp as ibu bapa, mmg kita kena bnyk bekorban kan kak. Lagi pun mesti kita nak tgk mereka berjaya dan boleh berdikari bila besar nanti.. Thanks for sharing the info!

    BalasPadam
  2. Salam kak..
    wah! bagus ni..kena copy utk diaplikasi kan pada pae nti...TQ kak, sharing2..:)

    BalasPadam
  3. oic, nabilah dh drjah 6 thn nie ye.....Gud luck kakak nabilah...moga mampu meraih 5A dlm UPSR nnti..InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. saya off kan tv semasa anak2 buat homework..duduk bersama mereka..

    BalasPadam
  5. tv mmg musuh ketat anak2 yg suka dgnnya. nasib baik jugak anak sulong tak suka sgt layan tv...anak no. 2 tu...yg kena perhatian lebih. nasib la tgh tadika...yg penting parents kena tegas.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)