JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 23 Januari 2014

SUP AYAM BEREMPAH....eeemmm dappp :)

Assalamualaikum kekawan dan ceria selalu...

Bila weekdays saya selalu masak yg mudah saja, cepat sikit anak tiga orang ni nak makan kan.... pastu kena cari lauk tu yg kegemaran mereka juga .... jadi bila tengok ada ayam dalam peti ais, terus on jer sup ayam berempah ni...

Dah semestinya yg suka sup ni si Nabil lah kan... lepas tu boleh pulak nak makan dengan nasi goreng... penuhi juga permintaannya janji dia nak makan... layan jer kehendaknya... habis satu pinggan tu dia layan nasi goreng dengan sup ayam tu.... blurrppp kemain kuat sendawanya... Alhamdulillah katanya.. semalam nabil buat lawak, masa baca doa makan tu dia terbaca doa nak belajar hahaha semua orang tergelakkan dia... hiazz masih teringat disekolah Nabil tu...

Mudah jer resepi saya weekdays ni kekawan... cepat dimasak cepat dimakan hehehhee

RESEPI SUP AYAM BEREMPAH
Bahannya :-
  • 300 grm ayam (saya pilih bhgn yg bertulang)
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 3 biji bawang merah kecil *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* (*dihiris)
  • 1 sudu besar serbuk sup
  • 2 biji kentang
  • 1 sup bunjut
  • 4 cawan air
  • Daun Sup
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris dan bahan rempah hingga wangi, lepas tu masuk serbuk sup, kacau hingga wangi.
  2. Kemudian masukan ayam, kacau sekejap, lepas tu masuk air dan kentang yg dibelah empat.
  3. Masak hingga kentang empuk dan rasa garamnya.
  4. Lepas tu masukan daun sup yg dihiris. Kacau sekejap tutup apinya.
  5. Siap utk dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng macam Nabil hehehe



11 ulasan:

  1. wahhh sedappp nya sup ayam...abg nabil boleh geng dgn adik Pae lah suka sgt sup ayam...hehe

    BalasPadam
  2. wah.. pinjam resepi kak ye, terima kasih.. hidu bau je..

    BalasPadam
  3. sedapnya......nak pula makan bila tengah demam nie......rasa tiba2 ada selera nak makan bak mai ....sikit.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syafakillah Yan... Moga cepat sembuh.. akak pun demam selsema Dan batuk.. musim skrg ni..

      Padam
  4. seronok tgk kalau ank2 selera mkn...sanggup brsusah payah demi mrk kan...

    BalasPadam
  5. Anak2 saya makan sup hari2 pun takpe… Kalau tanya nak makan apa, sup la yg mereka request… hihihi, senang keje saya :)

    BalasPadam
  6. Sup2 mcm ni mmg laris je kan...org demam pun boleh selera ..hihii

    BalasPadam
  7. Seronokkan masak CH kalau ada yg tukang makannya....kalau okje selalu buh rempah sup adabi tu.....sebab sup bunjut tu jarang beli...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)