JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 17 Mac 2014

NASI KALIO BURUNG PUYUH


Assalamualaikum kekawan....

Siaran ulangan untuk entri ni... tak apa nak ulangan gambar dari entri sendiri kan kekawan... 
Atas permintaan Nabil yang teramat suka nasi warna kuning tak kira lah Nasi Beriyani, Nasi Hujan Panas ke, apa-apa nasi lah asalkan warna kuning Nabil memang suka. Kebetulan kawan di ofis ni ada jual daging Burung Puyuh, jadi saya pun mencuba resepi dari blog Masam Manis ~ Azlita. Memang sedap betul nasi ni. Suami yang kurang suka nasi minyak ni sampai tambah dua kali. Nabil jangan cerita lah memang kegemarannya. Oleh kerana kami sekeluarga suka masak Kurma, maka burung puyuh tu saya masak kurma, tidak goreng seperti Azlita.

Jom tengok apa kata Nabil..

Terbaeekk.......


Resepi copy paste dari blog Masam Manis. Minta izin ye... Azlita punya masakan memang power... ^___^


NASI KALIO BURUNG PUYUH
By : Chef Zaidah
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul

500 gm burung puyuh
4 cawan beras basmathi ~ cuci dan toskan
5 ulas bawang merah ~ dikisar
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah kurma
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar puri tomato
1 liter air
250 ml susu segar


Bahan Tumis
1 cm halia ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
7 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis

Bersihkan burung puyuh
Perapkan demgan bawang merah kisar, garam dan 1 sudu rempah kurma
Panaskan minyak sapi di dalam kuali
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi
Masukkan baki rempah kurma dan puri tomato gaul rata
Kemudian masukkan burung puyuh dan tumis sehingga burung puyuh separuh masak.
Keluarkan puyuh
Kemudian masukkan air dan susu
Masak hingga mendidih
Masukkan beras dan perasakan dengan garam
Tanak nasi sehingga nasi masak

Puyuh tadi kita goreng dengan minyak
Hidangkan dengan nasi.



11 ulasan:

  1. alamak, puyuh ke kak, mama tak reti nak makan burung ni, cium reti le.. hihi

    BalasPadam
  2. alahai baru nak berdiet harini tau.. tengok jer dah tergoda.. camnerni baru pagi lagini...

    BalasPadam
  3. kalau sikecik tu dah tunjuk thumb up...memang best lah tu..

    BalasPadam
  4. Eleh Nabil ni kalau dekat memang auntie dah makan kongsi dgn Nabil tau. Memanglah sedap kan dpt yg favourite pulak tu..

    ps: Yati ni kan.. kalau dah kata goreng memanglah guna minyak hihi...

    BalasPadam
  5. alahai.....sedapnya Kak......lama tak makan puyuh masak kurma nie......

    BalasPadam
  6. siap thumb up lagi..mmg tersedap la tu..

    BalasPadam
  7. LAMA TAK MAKAN BURUNG PUYUH.. SEKALI DULU ADA BELI BURUNG PUYUH GORENG DI PASAR MALAM.. BILA SAMPAI RUMAH NAK MAKAN, TERLIHAT PULA ADA LALAT PUNYA TAHI.. LEPAS TU TERUS BUANG..

    BalasPadam
  8. Salam Kak Yatie...Wahhh bestnya dapat puyuh fresh...susah nak dapat ni, kalau jumpa pun mesti yang frozen punya....kat pasaraya

    BalasPadam
  9. menarik resepi ni. sekali sekala bertukar selera kan...

    BalasPadam
  10. Beli burung puyuh tu berapa ekor CH.....kalau okje sure sorang 2 ekor kot hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)