JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 29 Jun 2014

IKAN BILIS GORENG GARING CILI HIJAU

Assalamualaikum kekawan.. 
selamat berpuasa dan berhujung minggu ;)

Goreng ikan bilis cili hijau, salah satu menu bersahur saya pagi tadi kekawan.. saya regukan juga dgn kobid goreng kicap dan goreng ikan merah berlado..
Berselera juga pepagi hening ni kan.. mata anak2 antara buka dan pejam jer saya tengok.. dlm pada tu bertambah nasi dorang tu..

Nabil pun turut bangun sahur.. mula2  minta susu sebotol lepas tu baru nak makan.. 
Bertahannya smpi pukul 10 am je.. pastu cakap" Mama kita tak breakfast ke.. " tergelak kita orang dibuatnya.. 
"lupa ke nabil hari ni kan dah puasa" jawab kak jeha
"tapi nabil dah tak boleh tahan lah mama, tolong masak telur goreng kicap" ujarnya.. kesian pulak saya tengok, dah lah kurus anak mama ni.. jadi saya masakan juga.. lagi pun mak saya dah pesan "jangan ko paksa nabil tu puasa, kesian dia, cuaca panas skrg" tu yg saya tak paksa sgt dia, saya paksa dia solat ajer.. itu yg lebih pentingkan kekawan utk peringkat umur 7 tahun ni.
Petang ni nak balik rumah mak di kuang, buka puasa disana, ada yg dah balik semalam kat rumah mak..
Nak masak apa lah nak bawak rumah ni.. kekawan dah mula masak ke ;)

Jom intai resepi yg termudah didunia ini :)


RESEPI IKAN BILIS GORENG GARING CILI HIJAU



Bahannya :-
  • 200 grm ikan bilis
  • 1 labu bawang besar dipotong serong
  • 4 biji cili hijau dibelah empat
  • Minyak 
Caranya :-
  1. Untuk mendapat gorengan ikan yg garing, panaskan minyak yg banyak dalam kuali, kemudian baru dibasuh ikan bilis dan cepat masukan dalam kuali. Kacau selalu bila tiada bunyi melentik tu , tanda ikan bilis dah garing, angkat dengan sudip yg berlubang dan toskan didalam bekas.
  2. Kurangkan minyak dalam kuali, lepas tu baru di goreng bawang dan cili hijau sekejap sahaja, lepas tu baru digaulkan dan ikan bilis yg telah toskan tadi
  3. Siap utk dihidang..


10 ulasan:

  1. alhamdulillah , my anak buah 6 thn masih maintain ... mudah2n samapi waktu berbuka .

    BalasPadam
  2. heheh...semangat nabil nak puasa tapi lupa yer...
    sy kalau sahur dr dl lg kurang selera..tak berbaloi nak msk byk2....simpe cenggini pun ok jgk...

    BalasPadam
  3. lauk simple mcm ni yang paling sedap

    BalasPadam
  4. baru egat nak buat berbuka pose arini

    BalasPadam
  5. sedapnya ikan bilis.. dah la stok ikan bilis dah lama habis... kat kedai pun tak jumap stok... huhuhu
    Alahai, sian dgn Nabil... sama la Aisyah pun... belum bersedia nak puasa... Lagi2 kat sini cikgu2 tak berapa galakkan budak2 puasa... Lagi la susah nak yakinkan dia.. rasanya bertahan sampai pukul 11 jer dia puasa hari ni....

    BalasPadam
  6. dulu2 sy x tau ada menu mudah ni, sampai la keje baru reti he3... bertambah makan kalau lauk ni...

    salam Ramadan kak...

    BalasPadam
  7. nih kalo mkn dgn nasi panas memg sedap..

    BalasPadam
  8. Bila dah di rumah, tetiba pening tak tahu apa nak masak. Bila BW, macam-macam idea menu dihidangkan kengkawan, tapi tulah sampai je rumah, lupa semua! Hari ni pun tak tahu lagi apa nak dimasak...

    BalasPadam
  9. menu ni mmg sedap ... makan ngan nasi panas...

    BalasPadam
  10. walau ringkas, ni la pembangkit selera!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)