JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 4 Jun 2014

#TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

Assalamualaikum kekawan.. Moga sihat dan ceria :)

Saya dapat sumber ni dari FB .. terasa ingin dikongsi bersama rakan blog pula.. semoga kita dapat manfaat dari tips ini..




TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

12 ulasan:

  1. Salam Rabu kak..
    terima kasih berkongsi info.. betapa penting nya menjaga buah pinggang kan...

    BalasPadam
  2. salam kak..
    nampaknya banyak sungguh yang jangan tu dirapktiskan..nampak gayanya kena hapus sikit2 yg tak elok tuh kan...

    BalasPadam
  3. Kakak baru seminggu lebih ini aje kurang makan coklat Yati. Kalau tak setiap hari memang kalau tak coklat kakak makan pistachios. Isi minyak aje mesti beli ini..

    Takut pulak bila baca N3 ini.. tinggi risiko tu.

    BalasPadam
  4. byk yg tak boleh makan tu dah selalu di makan...ermmm...nampak gayanya kena la ubah cara pemakanan

    BalasPadam
  5. Saya memang suka Milo dan kalau di rumah tu, biasanya memang menu berasaskan ayam/daging sesaja dek kerana si Abang yang cerewet tak makan ikan sangat. Takut pulak bila diingat-ingatkan begini. Sayang nak buang tabiat makan yang buruk atau sayangkan buah pinggang. Kenalah buat pilihankan ...

    BalasPadam
  6. good info n thanks for sharing =)

    BalasPadam
  7. ayam kuning tue ayam telur kot ye kak

    BalasPadam
  8. Yang penting minum air masak ikut sukatan yg betulkan CH....insyaallah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)