JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 9 Julai 2014

KARI KETAM .... yummy :)

 Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Ini gara-gara mummydearie tunjuk abang makan bertambah dengan masak lemak ketam.. tu yg tergoda nak masak.. mula-mula nak masak lemak dengan kacang panjang.. pastu tengok kacang panjang dah kecut.. tu ganti dengan kari.. semua dalam rumah ni suka kari.. jadi senang kerja mama dia nak masak..


Alhamdulillah semalam pun penuh puasa walaupun sipi-sipi nak berbuka ehe.. bertambah dia makan kari ketam ni .. pastu minta sediakan Jus Nata Decoco Rumpai laut ni.. ini dia tengok dalam peti ais.. tu yg hampir2 nak berbuka :)


Semua bahan dah siap sedia dalam petiais tinggal nak masak jer.. saya regu kan juga dengan kobis goreng ala mamak tu(klik sini) dan goreng ikan bilis kentang.. pastu abah dia ada amik bubur lambuk di masjid.. Alhamdulillah untuk berbuka semalam..

RESEPI KARI KETAM


Bahan-bahan:
  • 3 ekor ketam dikerat dua
  • 3 ulas Bawang merah kecil
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 2 biji kentang dipotong empat
  • 2 buah tomato
  • Semangkuk air asam ( cukup rasa masam yang sesuai)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 buah Pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 cm kulit kayu manis
  • Sebatang serai (diketuk)
  • Setangkai daun kari
  • Minyak masak
  • Garam

Cara-cara :-

1. Basuh ketam hingga bersih. toskan, ketepikan..

2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. (saya suka tumbuk dengan lesung batu)

3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar dan rempah tiga sekawan sehingga wangi,

4. Masukan kari tumis hingga wangi juga.

5. Masukan kentang dan ketam , gaulkan rata, lepas itu masuk air asam.Tunggu mendidih

6. Selepas itu masukan tomato,santan, serai, daun kari dan sedikit garam secukup rasa.

7. Tunggu sehingga mendidih . Angkat .Siap dimakan bersama nasi.



24 ulasan:

  1. Sedapnye ketam kak..nasib baik la falsya ngan somi xleh makan ketam..elegik..hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya kak. Selalu saya buat gulai. Letak daun kunyit banyak².

    BalasPadam
  3. wahh... sedap nya kak.. kami mcm dah lama tak makan ketam ni walaupun kt sini murah..hehe... nak kena masak gak ni...:)

    BalasPadam
  4. saya tukang masak je kalau mr hubby beli ketam tapi tak makan ketam...rasa macam penat je perisi tapi dapat sikit je..hahaha

    BalasPadam
  5. Alahai, tak sanggup saya tengok ketam. Tiba-tiba je mengidam macam orang pegnen pulak dah :) Saya nak dok ulang masak lemak cili padi tu sampai Abang jemu. Abang nak kuahnya je, kalau ayam yang dibuat masak lemak lagi baik :D

    Baru bercadang nak mengkarikan ayam pulak hari ni.... macam leh baca aje isi hati saya yang tersirat di sini yek :)

    BalasPadam
  6. mengapaaaakah daku rasakan diriku disiksa dengan tengok kari ketam ini !!!
    wakakaka nak makan ketam !!!!

    BalasPadam
  7. wahhhh menariknyer menu berbuka tu kak...

    BalasPadam
  8. mengoda anak tekak ni kak..
    petang ni blurr dah tak tau nak masak ape..nak mengetam malas kopek kulit..hahahaaa..makan sodap..

    BalasPadam
  9. sedap sungguh nampak pic atas tu.. biasa minta encik hubby kopekkan.. kemalasan terserlah sedikit disitu.. hehe

    BalasPadam
  10. woww ketam..tergodanya..tapi malas nak kopek huhu..

    BalasPadam
  11. hmmm...sedapnyer.... lama xmkn kari ketam

    BalasPadam
  12. mmglah super sedap..ketam kari..

    BalasPadam
  13. Petang tgk lauk ketam nie sedapnyaa..

    BalasPadam
  14. Fuh, ketam pulak.. Kami ni balik2 ayam, balik2 ikan..

    BalasPadam
  15. aduiii.....ketam nie masak la jenis apa pun semuanya saya berselera makan dengan rakusnya

    BalasPadam
  16. sedapppp nyaaaa.... boleh masuk dalam list menu jugak ni. :-)

    BalasPadam
  17. Alahai la kak..kepingin nk mkn ketam jgk sy ni..kalu dpt buat maggi ketam bestnya..kalu di kltn maggi ketam sampai rm15 satu mangkuk..

    BalasPadam
  18. Nasib baik baca entri ni mlm klau siang asyik telan air liur je

    BalasPadam
  19. Alahai, kalau che mid berbuka dengan ketam..alamat sampai isya' tak habeh makan lagi..sibuk mengopek kulit ketam ha ha..

    BalasPadam
  20. tak pernah masak & makan kari ketam..serius..

    BalasPadam
  21. makan mee kari ketam mesti sedapkan....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)