JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 7 Julai 2014

RAMADAN 7 :: Balik juga Ke KUANG.. dan BERITA sedih kehilangan SHARIFAH AINI..

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah hari ke 9 kita berpuasa.. semoga terus diberi kesihatan yg baik untuk kita beribadah ye kekawan.. :)

Pada hari jumaat malam selepas berbuka, mak telefon kata abah tak sihat, hypoxia, abah kekurangan dalam gula.. abah saya ni dah lebih 20 tahun menghidap diabetis.. jadi normal gula dia dalam badan adalah dalam bacaan 6 kata doktor.. jadi mak suruh along bawa gi klinik sebab dah demam.. doktor nasihat kan jangan berpuasa sebab dah kurang air dalam badan.. 
Pagi tu saya telefon mak macam mana abah.. mak kata abah nak puasa juga , dah sahur tadi minum susu jer.. risau juga.. jadi kak ateh dan adik saya itam tu pagi dah sampai rumah emak.. pujuk abah suruh tak payah berpuasa.. tapi abah tak nak.. kata Farah anak kak teh.. "Den dah kono marah sebab suruh minum milo" hehehe..

Tak boleh jadi dah dua orang pujuk tak jalan.. jadi lepas en suami balik kerja, ajak pergi balik Kuang.. sampai rumah saya tengok abah tido di ruang tamu.. saya letak tangan atas dahinya.. rasa panas.. lepas tu abah tersedar..
 "panas badan abah" kata saya 
"den tak sihat ni" jawab abah
"kalau macam tu abah tak payah lah puasa, nanti mudarat pada abah, kan dalam kitab fekah dah kata orang tua, tak diwajib kan berpuasa" kata saya. Saya pun pergi kedapur ambil air dutchlady milo tu dan roti krim jagung..
"Nah abah minum dan makan roti ni" pujuk saya
"den puasa " katanya..
"tak payah puasa.. nanti acik bayarkan fidyah jer buat abah" jawab saya..
"tak payah den puasa" ujarnya.. Abah pun minum air dan roti krim jagung..
"minum air kosong banyak2, kan doktor semalam dah pesan, abah tak payah puasa, kalau nak puasa pun hari isnin nanti boleh mula balik" balas saya..
Lepas tu saya intai bilik emak.. emak tengah tido.. tak yah ganggu lah.. saya pun pergi kedapur utk masak.. lagi pun dah pukul 4pm..
Tengah saya masak.. kak angah pulak smpi.. ada geng saya nak masak..
Tak lama tu mak datang kedapur.. "bila korang smpi" tegur mak " tadi lagi , mak tido, malas nak ganggu" jawab saya..
"tu lah abah bangunkan emak tadi.. kata dah nak asar , den dah tak puaso dah.. suruh buka dek atie, napo ko beri tahu atie tu" katanya..
"ye lah kan abah tak sihat, patut lah acik tu suruh abah buka" balas emak..
"Dengan ko jer abah tu nak berbuka.. ateh dan itam tadi tak jalan.. dua-dua kena marah" cerita mak saya..


Masa sahur pagi tadi dapat whatsapp dari kawan mengatakkan Datuk Sharifah Aini meninggal dunia, Al Fatihah, Alhamdulillah arwah mempunyai anak soleh.. didikan agama yg diberikan dengan sempurna oleh arwahkan.. Rezeki arwahkan sehingga tiga kali solat jenazah dilakukan untuk arwah.. akhir sekali di imamkan oleh anaknya ..


Beruntung arwah mempunyai anak yg soleh .. sehingga liang lahad ibunya dihantarkan..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..

Jadi hari sabtu saya berbuka dirumah mak.. en suami memborong durian lagi... 8 biji RM10 sekarang ni katanya.. perghh dibelinyaRM20.. buat bubur katanya.. Tengok anak buah saya .. Adrah.. sampai duduk atas meja.. suka sangat durian ni.. smpi mak suruh beri minum air kosong dalam ruas durian tu..

Iftar kami pada hari itu..Masak bening petola, iakan siakap tiga rasa, ayam goreng berlada dan puding karamel tanpa telur (saya buat pagi tadi sementara tunggu en suami balik kerja)

Lepas berbuka saya balik semula ke shah alam.. 

17 ulasan:

  1. WAHH juadah berbuka yg sodapp tu makk.,ahHKss

    BalasPadam
  2. al fatihah buat arwah ...alhamdulillah tenang dia di sana...seronok anak dier sampai ke liang lahad hantar arwah kan

    BalasPadam
  3. yatie bertuah masih dapat berbakti pada ayahibu lagi...moga abah yatie pulih seperti biasa ...
    juadah puasa nya nampak sedap tu....

    BalasPadam
  4. al - fatihah . dia insan terpilih dipanggil menemui Tuhannya pada bulan ramadhan ... pagi2 dah nampak durian ... heh heh

    BalasPadam
  5. assalam... oh tuan blog dr kuang ye...:) semoga ayah sihat. Puding tu ngancam sungguh....

    BalasPadam
  6. alfatihah sharifah aini

    ayah saya pon diabetes
    sekarang memang amik insulin
    kadang2 ada gak hypo
    selalunya malam la kene
    kalau hypo biasa nya makan biskut gula dalam 2 keping, minum teh o

    BalasPadam
  7. Berganda airmata kakak luruh bila baca N3 Yati ini. Sedih abah Yati yg tak sihat akhirnya akur dgn nasihat Yati. Lagi tengok Aliff mengimamkan solat jenazah mummy dia. Kakak terharu sangat Yati.. artis lain kakak tak rasa macam ini. Entahlah..

    BalasPadam
  8. sensitif kalau baca entri pasal mak abah...mesti teringat mak abah kat kampung..

    BalasPadam
  9. Al-fatihah buat biduanita negara. Untungnya ada anak soleh seperti Aliff.

    Menu berbuka puasa nampak menarik di mata. Dek asyik membaca resepi di sini, akhirnya saya buat juga mi rebus yang mudah tu. Alhamdulillah menjadi ....

    BalasPadam
  10. kuang dokek banar dgn rumah anak buah..
    dh berumur mmg banyak penyakitkan..semoga abahnya cpt baik..
    bestnya dpt mkn dgn mak ayah..mesti meriah..kena pulak dgn durian..

    BalasPadam
  11. semoga abah akak cepat baik.

    takziah untuk dato' sharifah aini. untung dia ada anak soleh.

    saya sejak pregnant ni sangat memilih makan. kalau tak apa2 pun oke je. sekarang ni tengok itu tak nak ini tak nak =(

    BalasPadam
  12. mak long kita dah nyayuk.. setahun 2 ni.. ank2 dia lah puasa dan byr fidyah buat dia..
    alhmdulillah ank sgup ambil tgjwab ayah..

    kak.. kek gula hngus/sarang tebuan kita x jadi..
    jd bekang gula hngus..pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa pulak jadi bengkang pulak tu PB.. cer tunjuk gambar kek tu pada akak..

      Padam
  13. Nanti kita dah tua pun camtu hugak agaknya... tak boleh nak puasa dah... jadi sementara masih sihat dan muda nie puasa lah yerr... buat lah amal sebanyak yang boleh untuk bekalan di sana nanti...

    BalasPadam
  14. kesian tengok ayah akak tu
    mujur ada kata anak yang dia nak dengar
    kalau semua dia tak nak dengar, lagi susah

    beruntung allahyarham kan,
    dia tinggalkan anak yang soleh
    sampai 3 kali orang sembahyangkan, lepas seksa kubur

    menu tu terbaiklah =)

    BalasPadam
  15. Ohhhh sayang bonarlah abah ngan Yatie ni yeh hehe.. ..anak kesayangan le ni...
    Org tua ni mmg payah nak ikut nasihat kita kalau tak kena dgn caranya...

    BalasPadam
  16. mesti abah akak nak akak yg pujuk..yf len kne marah..huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)