JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 18 Julai 2014

NAHAS MH17... Al Fatihah Bagi Penumpang Yang Beragama Islam..


Assalamualaikum kekawan...

Terima whatsapp dari adik malam tadi tentang Nahas MH17 pula, semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi dan ahli keluarga mereka tabah dengan ujian di bulan Ramadan ini..



KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.


Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. 

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh. 

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya. 

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini. 
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. 

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News















25 ulasan:

  1. Alfatihah untuk mangsa..dan takziah semua keluarga yang terlibat...lagi satu ujian besar tuk malaysia... :(

    BalasPadam
  2. Subhanallah dan Al-Fatihah kepada mangsa dan salam takziah buat keluarga mangsa. Ya Allh...besar sungguh duggan yg engkau berikan Ya Allah

    BalasPadam
  3. dengar berita pg ni kat radio td.. ya allah musibah lagi.. minta semua yg terlibat tabah.

    BalasPadam
  4. takziah buat semua keluarga mangsa..dugaan demi dugaan buat kiter rakyat malaysia kan kak tahun ni...

    BalasPadam
  5. Sedih yg tak terkata kakak bila dpt tahu early this morning Yati.
    Moga tragedi ini mendekatkan diri kita kepada Allah...

    BalasPadam
  6. Memang terkejut sangat bila dengar berita ni...Terkejut sangat

    BalasPadam
  7. Truly sad.. another heartbreaking news. My deepest condelences to all family members of passangers and crews of ‪#‎MH17‬. Al-fatihah...

    BalasPadam
  8. Saya tau benda ni dr wassap, dan fb jugak.. Tak sempat tgk tv..

    Salam takziah buat keluarga mereka dan alfatihah utk mangsa beragama Islam..

    BalasPadam
  9. takziah kepada keluarga mangsa..dugaan di bulan ramadan

    BalasPadam
  10. Al-Fatihah buat mangsa beraga Islam...

    * pray for MH17...

    BalasPadam
  11. tumpang simpati dengan nasib mereka..
    Salam takziah kepada keluarga mereka & Al-fatihah kepada mangsa

    BalasPadam
  12. ujian dari Yang Maha Berkuasa..tumpang sedih dan simpati..salam takziah buat keluarga mangsa

    BalasPadam
  13. Allahu Akbar...berita sedih lagi...takziah pd keluarga mangsa...alfatihah

    BalasPadam
  14. Kak..sedih sangat bila tau berita ni.. Ya Allah, kita di Uji lagi... salam takziah buat semua keluarga mangsa.. Al-Fatihah..

    BalasPadam
  15. Al-Fatihah buat yg beragama islam.. takziah buat yg lain2...

    BalasPadam
  16. tragis sungguh, sedih, terkejuT, tergamam semua ada....
    AL- FATIHAH

    BalasPadam
  17. Sedihkan CH.....belum habis kisah MH370....dah ada kisah baru...Alftihah dan salam takziah

    BalasPadam
  18. Al fatihah kpd mangsa Mh117 yg beragama Islam . Ajal & maut mmg dh ketentuan Allah x de siapa ble halang wlau sedetik pn . Sya percye pesawat tersebut ditembak jatuh oleh zionis laknatullah menggunakan peluru berpandu anti pesawat jarak jauh sbb Israel je yg memiliki teknologi tersebut & yg menjadi kambing hitam adalah Russia & Ukraine .

    BalasPadam
  19. DariNya kita dtg kpdNya kita kmbali

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)