Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 26 Ogos 2014

KARIPAP ROTI ... Emmmm Rangupnya :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)

Buat karipap roti ni semalam petang, balik dari menziarahi arwah pak long tu.. tengok dalam freeze ada simpan roti yg hampir expired , jadi buatlah resepi yg dilihat dari blog Bicara Kak Noor .. nun dinegara omputih.. urusan bersama anaknya.. cerita kak noor pada blognya tersangat sedap dan rangup karipap roti...
Memang betul sedap kekawan.. rangup sungguh, anak2 dan en suami pun memuji sedap.. Nabil siap tanya boleh tak dia makan lagi satu ehe :) "Sedap sangatlah karipap roti mama ni tak pedas sangat" tambahnya..

Kebetulan roti yg tinggal tu tinggal 7 keping, kami ada 5 orang, adalah extra 2 keping.. nabil tambah lagi satu dan Kak Nabilah dan Jeeha kerat dua yg lagi satu tu...
Resepi ni saya olah mengikut cita rasa keluarga saya kekawan.. pastu saya tak ada acuan kuih karipap, jadi saya guna garfu untuk klim tepinya.. Saya sangat suka bila masak benda yg mudah ini kekawan..
Jom kita semak resepi...

RESEPI KARIPAP ROTI

Bahannya :-
  • 7 keping roti (itu roti yg tinggal ehe)
  • Telur putih untuk melekatkan 
Caranya :-
  1. Kukus roti lebih kurang 1 mint, kemudian gelekkan biar nipis ( apabila kita kukus roti lebih mudah utk digelek nipis berbanding tanpa di kukus)
  2. Potong tepi roti yg keras dan letak inti karipap diatas roti, lepas tu letak telur putih di tepi roti tu, sebagai gam lah untuk lekatkan,kemudian tekankan ditepinya dengan garpu. (kalau ada acuan karipap boleh kepitkan ajer dengan acuan tu)
  3. Buat sehingga habis roti. 
  4. Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng karipap ini, goreng dengan api yg perlahan dan sebentar saja sebab roti ni cepat masak.. bila kekuningan boleh diangkat.
  5. Senang dan cepat, hanya guna roti saja sebagai kulit karipap

INTI 

Bahannya :-
  • 2 keping isi dada ayam - potong dadu
  • 3 biji kentang - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar sebuk kari - bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Garam
Caranya :-
  1. Goreng isi ayam sedikit kekuningan, angkat, ketepikan
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukan cili kisar dan serbuk kari, tumis sehingga naik wangi.
  4. Kemudian masukan kan kentang dan sedikit air, tutup atas kuali, masak sehingga kentang empuk, hendaklah selalu digaul supaya bahagian bawah.
  5. Kemudian saya masukan telur kuning, sebab saya guna sedikit telur putih utk gam kulit roti tadi, jadi sayang bila nak pakai, saya masukan dalam inti ni, terpulanglah pada kekawan ye..
  6. Rasa garamnya.. selepas tu boleh lah diangkat.
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ^__^

22 ulasan:

  1. nampak sedap ni.. kalau kami 7 keping mmg tak cukup~!

    BalasPadam
  2. Boleh lah bunda buat nanti...kat rumah ni sentiasa ada jer roti...

    BalasPadam
  3. sedapnye kak yati...byk jugak leh buat dgn roti ni kan...buat aiskrim goreng, buat pizza segera...skrang karipap plak....serius menarik ni kak....leh try nanti...

    BalasPadam
  4. wah yatie pun dah buat ke karipap roti ni hahaha memang sedap kan, ranggup dari karipap biasa, lain kali kena beli roti khusus utk karipap hehe

    BalasPadam
  5. sedapnya..mls nak uli tepung guna roti mudah dn ranggup...good idea..

    BalasPadam
  6. kakak pun selalu buat yatie ....bila angin malas nk uli tepung tapi tekak teringin mkn karipap....roti je penggantinya.
    memang betul kata nabil tu sedap...apa lagi air tangan ibu yg buat.

    BalasPadam
  7. Salam kenal, nampak sedap karipap roti ni kak..boleh cuba lepas ni.. tq :)

    BalasPadam
  8. kalau isi sadin lagi sedap ni!

    BalasPadam
  9. sedapnya kak.. suka makan ni...

    BalasPadam
  10. lagi senang pakai roti ni (dasar pemalas menguli tepung)...eii...teruja pulaknak cuba..siyesss

    BalasPadam
  11. salam kenal.. wah senangnya tak yah bergelumang dgn tepung ekk.. nak try wat utk anak sarapan pagi

    BalasPadam
  12. Terima kasih kongsi recepi nanti kak zai nak cuba.

    BalasPadam
  13. baru terbaca komen akak kat blog kak nor...dah cuba dah...rajin betul akak. sy entah bila nak rajin...tp mmg ya, roti tu rangup.

    BalasPadam
  14. aduhhhhhhhhhhh menggodanya tengok gambar di petang yg sejuk lepas ujan ni. dah la tengok gambar entri di tempat kerja -_- +_+

    BalasPadam
  15. Kak yati..roti p boleh dibuat karipap..pendek kata senang kerja la nti yea..

    BalasPadam
  16. Nampak sedap sangat, nanti bila lapang nak pujuk Puan Isteri buat....

    BalasPadam
  17. Mcm menarik jugak resepi ni CH ....kita mmg le suka karipap....kalau dah ada kulit yg dah siap...mmg senang banget kerja mak.....hehe

    BalasPadam
  18. idea yang menarik. sekarang ni asyik ada je roti lebih kt umah ni.

    BalasPadam
  19. kreatifnya ala² krimpuf gitu kan.. kalau klim tepi gitu jer dgn garpu x terbukak ke masa goreng??? takpayah letak bancuhan tepung.

    BalasPadam
  20. sedapnya kak!
    aritu saya buat gak
    husband keje kilang roti mmg hari2 bawak balik sebuku huhu

    BalasPadam
  21. 7 keping je? Memang tak cukup ni untuk kami 4 beranak :) Nampak mudah. Sesekali nak minum petang boleh juga dibuat ni tapi roti di rumah saya tak pernah tak habis. Kadang-kadang bila kita nak makan, tengok tinggal plastik je. Camna? Kenalah beli sebuku roti. Kalau buat dah tentu cukup makan pagi, petang, siang malamkan!

    BalasPadam
  22. Aku baru salin resepi dari bloq kak Noor tu T...ko dah uat dah...hahaha...aku nyer kertas tulis resepi tu tunggu sampai kaler dia ubah warna tak tentu lagi aku dah cuba resepi ni...hahaha

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)