Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 11 Ogos 2014

OPEN HOUSE vs KENDURI KAHWIN :)

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..

Ini cerita hari sabtu saya, dihujung minggu ini semesti memenuhi undangan rumah terbuka atau kenduri kahwin, pertama sekali kami pergi kenduri kahwin anak kawan sekampung en suami di Dewan SIRIM Shah Alam, ada dua pasang pengantin.. nabil bila masuk dewan tu dan terpandang pelamin tu, sibuk bertanya, kenapa ada banyak kerusi pengantin mama.. ada dua pasang pengantin.. kejap lagi pengantin datang lah tu.. hidangan adalah masakan kampung.. itu yg terbaik sebab dah puas makan raya kan.. dengan rendang,kari berbagainya.. sedap pulak saya makan sambal belacan dengan peria celur.. pastu masak lemak nenas ikan masin dan sambal tumis sotong kering... :)

Selepas tu saya pergi ke Bukit Kapar Klang, untuk memenuhi undangan perkahwinan Nazri iaitu suami arwah Sanisah, sahabat saya yg meninggal pada bulan Februari 2014 tempoh hari.. bagi saya perlu beliau membina hidup baru setelah enam tahun menjaga arwah sanisah, kesabaran dan pengorbanan Nazri amat saya hargai.. anak2 pun merestui bilaAbahnya menyatakan hasratnya utk berkahwin. Saya doakan semoga berbahagia dgn perkahwinan ini dan kekal hingga jannah ..


Selepas tu saya pergi kerumah adik ipar saya yg buat open house sambil menyambut hari lahir anaknya Qaseh.. Meriahlah jadinya bila ramai yg datang dengan utk open house kan.. Yang pakai tudung peach tu lah mummy Qaseh aka biras saya..

Sempat juga bergambar dengan mak saudara belah en suami yg hadir ke open house ni..

Banyak betul hidangan pada hari tu, Nasi tomato, Ayam Masak Merah, Lontong Kuah Lodeh, Satay, Mee Kari, lepas tu dengan bermacam kuih muih.. saya hanya sempat buatkan Puding Karamel dan Puding Koktail tu..

Tentu kekawan juga memenuhi undangan pada hujung minggu yg lalukan..

25 ulasan:

  1. wah kak...meriah nyeeee.... mmg hari gantung periuk semalaysia hah.... 3 tempat terjah....seronok2....meriah tgk menu kak...lieya plak teliur tgk...


    lieya pun mcm akak, kalo gi kenduri kawin tu, ade hidang lauk2 kampung tu laa lieya terjah dulu.... selalu kat melaka mcm tu...area kg hubby.... tu sonok kalo pi kenduri kawin tempat die heheheeheh...makan siap leh tambah2 , wat tebal muke je usung pinggan tambah haahahahahaha.....

    BalasPadam
  2. gantung kuali ni kak yati...jalan2 makan je...noe pun sama gak...tp g open hse le...kenduri kahwin x ada...

    BalasPadam
  3. Amboiiii berakan-sakan nmpk..kompom naik mendadak badan time raya ni kan T...

    BalasPadam
  4. meriahnya hari minggu akak....

    BalasPadam
  5. tahniah pada pasangan pengantin.. bila musim raya macam ni.. di celah celah tu ada yg hidang masakan kampung mmg rasa selera sungguh kan kak..

    BalasPadam
  6. Acik memenuhi undangan pada hari Ahad..ke Port Kelang dan Ayer Keroh Melaka.

    BalasPadam
  7. Wahh sakannyaa berjalan2 raya yer.. seronok laa kan..dpt jumpa kawan dan sedara mara.. :)

    BalasPadam
  8. Kakak pun pergi kenduri kawen jiran belakang rumah kakak Sabtu lepas Yati. Memang sekarang dah mula musim rumah terbuka dan kenduri kawen.. Menggugat iman mereka yg berpuasa ni hihi...

    BalasPadam
  9. Wah, penuh hujung minggu dengan jemputan kahwin dan open house. Memang merdekalah dapur kat rumah tak perlu menyediakan juadah untuk keluarga. Sesekali bertukar selera bila ke majlis kahwin ni memang boleh bertambah makan jadinya. Tak pedulilah apa orang dok jeling pandang-pandangkan :)

    BalasPadam
  10. meriahnya hujung minggu akak., jeles kita... hihihi

    BalasPadam
  11. skg susah nak jumpa kenduri jamu lauk pauk kampung..

    BalasPadam
  12. Kenduri kawin 2 pasang sekali yer..comel... sedapnya makanan yg ada tu

    BalasPadam
  13. banyaknya jemputan kak yatie oi..memang puas la makan kan..hihihi

    BalasPadam
  14. hujung minggu haritu ada 1 jer jemputan.
    dari jiran sebelah rumah. hehehe

    BalasPadam
  15. Jarang sangat sekarang ni orang buat kenduri menu kampung. Kalau ada, tentu ia cepat licin.....

    BalasPadam
  16. Penuhlah kiranya hujung minggu baru ni ye CH...kenyang perut sepanjang hari tu hehe....
    Ohhhh dah kawen suami dia yeh.....moga berbahagia hingga ke jannahlah hendaknya

    BalasPadam
  17. assalam
    alhamdulillah meriah suasana syawal ni dgn jemputan sana sini kan
    menu2 mcm2 sedap2
    emmm blh naik 2kg berat he hee

    BalasPadam
  18. ve aleykum selam kardeşim, çok güzel fotoğraflar maşaAllah! :))) Allah mes'ud etsin evlenen çifti! :))

    BalasPadam
  19. meriah ujung minggu akak. menu masakan kampung memang best!

    BalasPadam
  20. kemeriahan masih terasa kak...smpai hari ni tak putus2 lagi open house.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)