Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat dan ceria selalu :)
Saya terima dari FB yg dipost oleh kawan di wall nya.. harap boleh lah saya praktikan.. ye kekawan.. Amanah yg terlalu berat utk kita pikulkan..
Perkongsian bijak Puan Sharifah Shuwaidah
Masalah ibu cepat marah anak-anak :
Puan senang saja, saya pun mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara2 mendidik
anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.
1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak2 melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba
senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat
dan aktif). Pandanglah anak2 puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.
2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak buat.
3) puan sungguh lucky tidak bekerja
dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak2 semasa anak2 tengah main join anak2 dan bergurau insyallah bila anak2 melihat
ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak2 akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak2 ajak main hujan dengan air
banjir saya join dengan bermain bersama2 anak mereka lebih menyayangi, memahami dan
mendengar kata.Last skali sekiranya puan betul2 tak dapat control puan lihatlah anak2 seperti esok kita dah tak jumpa anak2 kita lagi. Maaf ingat anak2 bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.
4) setiap malam amalkan membaca
selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun2 anak2 dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada
anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak2 subhanallah doa n bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul2 dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan
berjaya mendidik anak2 puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.
info yang baik ni kakak
BalasPadamsgt berguna info2 nie kak..peringatan buat falsya..
BalasPadamInfo yg baik...insyallah akan diikut...tp kadang sy ni..lemah juga...):
BalasPadamApa yg jadi masalah masa tak marah macam sekarang ni macam mudah aje nak buat tapi masa dah marah lupa Yati...
BalasPadamItu yg kena beristighfar selalu. Nak marah jgn guna kata-kata kesat jadi lembutlah sikit hati kita ni...
Terkadg tu kan T..cuba juga..namun manusia biasa mcm kita ni T..terlepas juga kemarahan tu..tapi perkongsian ni cukup baik T...samada mahu dgn tidak saja kita mengamalkannya...
BalasPadamTerima kasih berkongsi ilmu kak.. kadang mmg tak tertahan kemarahan tu..tapi lepas tu pasti akan terfikir balik..
BalasPadamserius sguh klu knor marah...jgn main2 ye anak2
BalasPadamPerlu ada keseimbangan dalam kemarahan, contohnya jika ibu pemarah ayah perlu jadi pendinginnya. Begitu juga sebaliknya...
BalasPadamkdgkala bila dah marah lupa semua ,tapi yg septutnya kita jadikn ank sbgai kwn.
BalasPadamterpakai juga nasihat berguna ini utk saya, seorang ayah :)
BalasPadamPeringatan yang baik ni.. tapi kadang-kadang naik angin juga. :-(
BalasPadamnice info....
BalasPadamPerkongsian yg baik, tp kalau tgh hangin tu terlepas juga. Hihi..
BalasPadamBiasa... kalau marah yang sepatutnya. Kak zai amalkan anak2 menjadi sahabat. Segala2 kongsi, kalau ada yang tak betul pun jangan sampai tak boleh kawal diri.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ni kak yatie...bukan senang nak didik anak2...cuba kita praktikkan apa yg ditulis
BalasPadamAlangkah bahagianya kalau boleh applykan utk anak2...
BalasPadamThanks atas perkongsian menarik ni kak :)
adakalanya terlepas, tapi cepat istighfar... terima kasih atas perkongsian ini kak..
BalasPadamterima kasih yatie..boleh jugak acik kongsikan dengan akwan2 yang anak2 masih kecil
BalasPadamperkongsian yg bagus kak..terima kasih..sangat berguna bagi saya
BalasPadamBagus info ni. Terima kasih sudi berkongsi. Bila balik kerja terutamanya dan tengok rumah macam tongkang pecah, terus angin puspus berdesup ke kepala, tak sempat nak buat apa lagi. Mulut pun mula mengomel. Nak cubalah senyum je walau apa pun anak buat. Nak didik cara lembut pulak. Tak mahu jerit-jerit lagi dah ...
BalasPadam