Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 4 Ogos 2014

SOTO AYAM MUDAH.... emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan.. 
Salam petang yg ceria :)

Soto Ayam..
Gambar Google tak sempat nak ambil gambar 


Tahun ni menu utama soto ayam kampung yg sedap..

Siap dihidang utk tetamu yg datang..biasanya pada hari raya pertama kami menunggu saudara mara yg datang hingga ke malam.. hari raya ke dua baru kami keluar beraya hingga kemalam pulak ehe.. :D
Tapi tahun ni abah tak berapa sihat.. kesian juga tengok abah kepenatan berjalan raya.. singgah raya pun sekejap2 jer sebab abah macam tak selesa .. nak balik rumah ajer yg keluar dari bibirnya..

Ini kerja abang ipar saya .. suami kak Ateh yg pakai baju biru tu.. raya pertama tu ada kami 4 orang anak perempuan mak , yg 2 raya rumah mertua.. Kak Andak saya yg pakai baju kelabu tu.. dialah yg masak Soto Ayam Kampung sedap ni.. tapi soto ni tak sempat nak buat begedil..
Jom intai resepi yg mudah ini.. kalau kekawan nak buat open house boleh tambah sukatannya.. kami buat masa tu 6 ekor ayam kampung.. 



RESEPI SOTO AYAM KAMPUNG 

(hidangan utk 6 orang)

Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih   
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah                    
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai - ketuk

Caranya Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.  


Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi


Cara-caranya
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau
3. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit atau lontong
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Bihun direbus
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang

Cara Menghidang
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan bihun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan  sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)



25 ulasan:

  1. mmmmmmmm sedapnya soto tu....

    BalasPadam
  2. sedapnyadapt hirup sup soto pagi raya...

    BalasPadam
  3. tahun ni 'terajin' gak kak buat soto ayam dipagi raya..
    nasib baik laku..abis licin gak la walaupon tak hebat mana..hihi

    BalasPadam
  4. Sedapnya soto...selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...dr kmi sekeluarga

    BalasPadam
  5. Sama pulak menu utama raya pertama kita... laris je compare ngan lontong n lodeh.

    BalasPadam
  6. kalau sedap haruslah coba nih :-)

    BalasPadam
  7. selamat hari raya kak..
    saya pun dok teringin2 nak makan soto raya tp malas nak buat..tgk resepi akak nie cammudah jer..nanti kiter cuba2 lak yer..::)

    BalasPadam
  8. Alaaa... Sedapnyee... Tapi saya ni geti makan je... Masak xgeti... Hehe

    BalasPadam
  9. Menu utama rumah saya jugak soto ni selalunya.... Tapi tahn ni takde... Rumah sy shah alam seksyen 18,

    Maaf zahir batin selamat hari raya....

    BalasPadam
  10. Selamat Hari Raya..ila suka soto ayam...sedapnye =)

    BalasPadam
  11. Alamak, sedapnya kalau dapat pekena soto ayam ni.

    BalasPadam
  12. menu simple hari raya..yg berkuah memang saya suka..

    BalasPadam
  13. Bessttnyaa..wanie raya-raya takde jumpa soto ni..huhu

    BalasPadam
  14. Soto ni mmg faveret OKje CH...kalau ada bergedil lagilah meletop letop hehe...'Awak yg bongsu ke CH? Seronoklah kan ada kakak yg memasak, asistant boleh ngelat hehe....

    BalasPadam
  15. sedapnya..teringat dulu kecik2 beryaa rumah tok guru mengaji inilah menunya

    BalasPadam
  16. faveret noe ni...nanti nak buat...boleh terjah blog kak yatie ni...

    BalasPadam
  17. sedap kan ayam kg...tk byk lemak

    BalasPadam
  18. sy akui soto menggunakan ayam kampung, kuahnya leboh manis dan lbh sedap

    BalasPadam
  19. Best nya... nak buat la.. 1 hari nanti.:)

    BalasPadam
  20. sy nk tnya sup yg kita mkn dgn soto nih sup dri air rbusan ayam tuh ke?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)