JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 12 Ogos 2014

PUDING KOKTAIL SWISS ROLL KEK... emmm enaknyaaa :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)
Petang ni nak kongsikan resepi Puding Koktail Swiss Roll Kek yg saya bawa masa open house adik ipar saya tu.. saya buat malam jumaat tu... open house hari sabtu.. jadi cari resepi yg mudah jer untuk buat malam hari kan :)

Malam tu juga sempat saya buat puding karamel untuk nya juga.. (resepinya disini puding-karamel-mudah-eemmm-yummy)
jadi ada dua puding lah yg saya bawa kerumahnya... tak kan datang nak bawa perut aje kan hehhe :)


Mudah sangat nak buatnya kekawan.. bahan semua ready made tak payah nak masak beriye sangat.. elok sangat kalau nak bawa ke majlis yg tak disangka-sangka ehe :)
Jom kita semak resepinya kekawan

RESEPI PUDING KOKTAIL SWISS ROLL KEK













Bahannya :-

  • 1 kotak puding Nona (seperti gambar diatas)
  • 1 kek pandan swiss roll
  • 2 cawan buah-buah koktail
  • 400 ml air (utk masak puding Nona tu)
Caranya :-
  1. Didihkan air 400ml, kemudian masukan serbuk puding Nona tersebut, kacau sehingga mesra.(saya tambah 3 s/b gula nak bagi manis sikit)
  2. Kemudian masuk buah-buahan koktail, kacau mesra dan tutup api, biarkan ianya suam.
  3. Sementara tu potong kek swiss roll pandan bulat-bulat, kemudian susun ditepi mangkuk bulat (seperti gambar diatas)
  4. Apabila penuh susunan itu, tuang puding yg telah dimasak kedalam mangkuk yg disusun kek swiss roll tu..(seperti gambar diatas) kemudian tutup semula permukaan mangkuk puding tu dengan kek swiss roll yg di potong bulat tu.
  5. Balutkan dengan plastik wrapping tu dipermukaan mangkuk, dan sejukan kedalam peti ais.

22 ulasan:

  1. Salam kak.. memang simple nak buat kan.. boleh cuba nanti..kot2 ada tetamu mengejut dtg boleh lah hidang ni... hehe

    BalasPadam
  2. Semudah ini pun kan T..kalau ikut tahap "M" aku dlm hal masak memasak ni kan T..ntah bila tahun anak2 aku dapat makan...heheheheh...

    BalasPadam
  3. terima kasih yatie..kongsi resepi

    BalasPadam
  4. sungguh menyelerakan..

    BalasPadam
  5. raya2 ni mmg laku koktel...jiran sy bgtau deretan mini market kat dpn rumah semua kehabisan koktel...

    sedap ni. lama dah nak cuba, sampai skrg masih kiv

    BalasPadam
  6. ni kalau nampak mmg inilah yg saya tuju dulu sedappnya....

    BalasPadam
  7. yummy..nampak cantik dan sedap..kan senang keja sebab ada bahan instant gitu

    BalasPadam
  8. macam nak buat trifle ye kak yatie..

    BalasPadam
  9. Hah, benda yang nampak senang macam nilah yang kita suka. Bahan pun senang je. Takdalah pening kepala nak mencarinya. Boleh cuba ni.

    BalasPadam
  10. ha'a lah kak yati semudah ABC..next week ada mkn2 kat opis boleh try resipi nih

    BalasPadam
  11. Sedap dpt mkn dessert ni sejuk2

    BalasPadam
  12. Selamat hari raya maaf zahir batin ..

    BalasPadam
  13. Sedapnya kak. Senang jer nak buat yerp. buah2 koktail tu masuk skali ngan air dia ker? Ker masuk kan buah tu jer.

    BalasPadam
  14. mudah je.. hihi.. nanti nak buat makan sedap2 boleh refer blog akak.. :)

    BalasPadam
  15. Terliur tengok gambarnya, macam nak teguk laptop di depan, nasib baik hari ini sedang meneruskan puasa enam...hehehehe...

    BalasPadam
  16. i memang suka puding swill roll ni.. letak yg ada flavour lagi terangkat... :-)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)