Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 7 Ogos 2014

SYAWAL DAY 3,4 &5 :: RAYA di Bukit Jalur, Kg Chohong MELAKA ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat dan ceria :)

Kerja budak empat orang ni mengejar arnab di hari raya.. mak itam cakap kalau dapat tangkap kita buat rendang,
tak ada yg berjaya menangkapnya..
Masih tak habis nak cerita raya lagi hehehe.. Jadi saya rangkumkan untuk tiga hari beraya di kampung en suami pula.. Hari Raya ketiga baru balik ke Felda Bukit Jalur, kami bertolak dari Shah Alam pukul 10.00pagi, jalan elok jer clear... sampai Bukit Jalur pukul 12 tengahari.. elok jer sampai kami dijamu dengan makan tengahari rendang ayam dengan maman yg sedap.. masa tu ada kak long lagi dirumah.. dua orang adik ipar saya dah balik sebab hari rabu tu dah mula kerja.. 


Pada hari raya keempat tak pergi kemana pun hanya duduk dirumah FIL dengan aktiviti memetik buah-buahan yg sedang masak ranum diatas pokok, yg jatuh melurut dibawah pun banyak, masa buah ni masak pada bulan puasa, jadi tu yg banyak jatuh begitu sahaja..
Bila pergi beraya memang adalah hidangan buah-buahan ni kan..

Hahaha boleh pulak terselit gambar en suami dengan motor Yamaha lama..

Pada hari raya ke 5 beraya di Kg Chohong, Jasin pulak rumah Mak Andak dan Mak Itam, pada hari tu mereka buat open house dan bacaan tahlil arwah..

Meriah sungguh open house mereka siap ada Photo Booth lagi.. mak2 dengan anak2 sakan berpossing ehe :)

Bacaan yassin dan tahlil arwah diadakan selepas solat Jumaat, jadi ramai orang masjid yg datang.. penuh rumah sampai kedapur..

Orang kuat didapur pak uda dan pak itam, menu hari tu Nasi Beryani, Laksa, Putu Bambu, kuih muih dan buah-buahan..

Pak Andak yg gembira dapat mengumpul kaki ayam @ cakir katanya.. tengok penuh piggan dengan kaki ayam ehe :)

Kuih Tepung Gomak yg menambat hati saya.. sedap sangat.. sempat juga tapau bawa balik shah alam ehe :)

Akhir sekali kami beraya di rumah Along Rashid di Air Keruh, sempat juga budak2 ni bermain bunga api disini.. masing2 dah mandi, pakai baju tido.. pukul 9.00pm kami pun bertolak balik ke Shah Alam, pukul 11.30pm sampai rumah.. Budak2 dalam kereta dah tido.. 
Itulah kisah tiga hari beraya dikampung en suami pulak..

26 ulasan:

  1. Raya tahun ni ngam2 dgn musim buah kan..kat Kelantan pun sama..dah makan mcm2 buah balik sini sakit tekak..huhu

    BalasPadam
  2. ye best kan musim buah...sy belum blk kg abg sy dah wasep gambar buah...nyakat adik dia....telan air liur dibuatnya...

    BalasPadam
  3. meriah , bergotong royong lagi, rindu masa lalu pula Nur, kalau arwah maktok ada lebih terasa raya macam suasana raya Nur ni.

    BalasPadam
  4. Arwah abah pernah keje kat felda bukit jalor..

    Selamat hari raya :-)

    BalasPadam
  5. ooo...kat jasin..sungguh wlaupun dh lama duk melaka tp sy tk pernah dgr kg chohong di mana..ayer keroh dah dekat dah rumah saya tu kak..

    BalasPadam
  6. Salam Lebaran 1435H kak... minta maaf zahir & batin..meriahnya raya akak. Open house tu nampak meriah sangat.. banyak makanan..:)

    BalasPadam
  7. meriah kan yatie..seronok dapat balik kedua2 rumh mak dan mertua..
    zaman untuk acik dah berlalu dah..tu..tinggal lagi kerumah jiran2 kawan2 dan adik beradik je

    BalasPadam
  8. Bila beraya santak tak henti memang bila on the way balik mestilah lena semuanya Yati. Kakak ni pun kadang terlena juga tapi kesian 'driver' sebelah tak ada kawan berbual...

    BalasPadam
  9. Puas makan buah2an lah nampaknya yer T....Periuk masak nasi beriani tu dah mcm nak buat keduri kahwin bagaknya....

    BalasPadam
  10. raya sakan ya Yati... seronok sungguh tengok budak2 beraya! kak rose cuma dapat melayan demam. huhuhu

    BalasPadam
  11. meriah nya syok tengok gambar2 semua..

    BalasPadam
  12. meriah kan kak...musim buah sekarang ni

    BalasPadam
  13. geramnya tengok buah manggis tu..

    BalasPadam
  14. sama la kat kg sebelah nureen
    beraya sambil mkn buah2 an tempatan..
    mmg layan abessss

    BalasPadam
  15. bestnyer
    mcm2 xtvt..
    paling best [art jamuan buah-buahan tu

    BalasPadam
  16. Suka tengok gambar Yamaha lama tu, sekarang motor2 antik ni dah susah nak dicari, peminatnya pula ramai, sebab tu harganya pun dah naik sikit....

    BalasPadam
  17. skrg musim buah buahan tempatan..untunglah ada dusun leh mkn puas2..JM nk mkn pegi beli kat pasar tapi dh tak fresh..

    BalasPadam
  18. sana sini saya baca...raya musim ni ialah raya makan buah buahan..hihihih..
    manggis..sedapppppp

    BalasPadam
  19. wahh beraya sakan..tambah musim buah dapat makan sepuas hati di dusun sendiri..

    BalasPadam
  20. Banyaknya...buah tempatan. Meriah sungguh.πŸ˜‰. Jom.. singgah www.ummidihatiku.blogspot.com

    BalasPadam
  21. wah meriahnya kak.....nza pn blm berkesempatan nk buat n3 raya...mood xdtg2...adeh.

    BalasPadam
  22. gotong royong masak ,best tu ... kat kg saya byk yg masih berbunga ...

    BalasPadam
  23. Kaki ayam tu mmg sedap CH....lebih lagi masak lama lama sampai lembut...sedap dpd daging ayam....
    Meriahnya Raya....siap ada photobooth lagi...
    Tepung gomak tu mengingatkan OKje zaman sekolah...itulah antara kuih yg dijual makcik kantin tau!

    BalasPadam
  24. Aduh, merahnya rambutan! Itu yang lagi terliur berbanding dengan kuih raya. Walaupun raya belum habis, dah teringin nak merasa masak lodeh+ketupat+rendang daging+sambal kacang kembali. Macamana nih?

    Seronok tengok orang beraya sakan. Keluarga saya raya pun ala kadar je. Anak-anak pulak takda excited mana dah paknya pun kurang excited nak beraya :(

    BalasPadam
  25. syawal nih memg musim buahkan kak

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)