JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 5 Ogos 2014

Syawal Day 2 :: SALING Ziarah MENZIARAHI.. di Hari Raya :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat dan ceria di hari raya :)


Hari kedua kami pula membuat kunjungan .. rumah pertama yg dituju rumah Mak Uda di Segambut Dalam.. Adik mak, Mak asal orang Segambut.. di Kuang tu kampung Abah..  mak hanya tinggal 3 beradik ajer.. raya pertama mak uda dah datang rumah mak.. begitulah setiap tahun.. 


Mak Uda yg bertudung biru disebelah mak saya tu.. masa mak uda dtg rumah tak sempat pulak nak bergambar..


Anak-anak pulak bergambar bersama atuk..

Rumah mak uda ni diatas bukit.. disekelilingnya penuh dengan Kondo mewah di Segambut tu.. berkesempatan juga bergambar diluar rumah.. berlatar belakangkan bangunan tinggi tu..
Dulu masa kecik.. rumah arwah atuk ni dikelilingi oleh pokok getah ajer.. sekarang zaman dah jauh berubahkan..




Rumah kedua pula, di kampung Pasir, Petaling Jaya, ni saudara belah abah, dah semakin uzur mak cik saudara ni.. dah tak boleh berjalan hanya mengesut jer untuk berjalan..

Tak lepas memegang tangan mak.. rindu katanya.. ye lah setahun sekali baru nak berjumpakan..

Masa mula-mula tengok mak cik dah tak boleh berjalan, semua tak dapat menahan airmata.. masing mengesat pipi.. tak mampu melihatnya.. 

Di rumah ketiga, juga saudara sebelah abah, kira sepupu abah ni.. dah setahun lebih sakit terletak, dah tak ingat orang ni.. kebanyakan mereka sebaya jer ni.. sayu ajer melihat mak cik ni.. dahulu masa kecik2 bila beraya, ceria jer mak cik ni bercerita.. tahun ni pergi beraya sambil menziarahi yg sakit.. 

Hero saya ni, bersama-sama dengan sepupunya, mereka dengan cara mereka beraya.. habis jelajah kolam ikan lah.. kebetulan masa pergi rumah ketiga ni buat open house, ada khemah disediakan.. banyak juadah yg disediakan.. kaum bapa apa lagi.. menambah berat badan lah kan.. 

Lepas dari itu hari hujan, semua pakat nak balik sebab tak selesa nak jalan hari hujan ni, abah pun nak balik ajer.. penat katanya.. rata2 kawan abah, semuanya dah tak sihat.. 

Kekawan jalan mana raya ye :)






24 ulasan:

  1. selamat hari raya
    yelah kan kalau ziarah saudara yang dah uzur2 ni, memang sedih
    ada yang mata dah tak nampak, telinga pun kurang dengar
    tapi bila kita salam dia dan cium pipi, dia pegang tangan kita tak nak lepas, sedih je rasa

    BalasPadam
  2. Untungnya keluarga ada di sekitar KL/Selangor. Bolehlah beraya sakan di pagi raya pertama, kedua dan ketiga. Kami sekeluarga raya pertama tak dapat gerak ke mana. Terima tetamu yang rata-rata melawat mak. Adik beradik kandung mak tinggal dua aje - mak saya dan kakaknya. Dua-dua di BP. Raya kedua baru dapat gerak rumah mak sedara dan sepupu. Itupun tak dapat ziarah semua kerana mereka pun sibuk beraya ke rumah sanak saudara di luar kawasan pulak. Raya ke tiga dah sampai KL dah saya dan keluarga :(

    BalasPadam
  3. selamat hari raya kak..

    falsya xsmpt lg nak gie beraya..

    BalasPadam
  4. Lebih kurang kakak juga Yati, kami lebih tumpukan beraya tempat mereka yg kurang sihat dan yg uzur. Sedih rasa hati tapi bila dpt menghulur sikit pun rasa lega. Sekuarg-kurangnya kalau tak dpt jumpa lagi kita dah tak kesal..

    BalasPadam
  5. meriahnya raya kak yatie..JM raya hati tu ta sri tu biasa2 je tak ada yg nk di kongsi..gambar raya pun tak sempat nk ambil huhu mmg x de gambar kenangan

    BalasPadam
  6. sedih bila menziarah pakcik makcik yg dah tak sihat...tambah sedih sebab raya tahun ni mak dah takde...sedih teramat..dah lain dah raya lepas2 ni..cuma dpt ziarah adik2 mak yg masih ada..tu pun masing2 dah tak sihat dan uzur sgt

    BalasPadam
  7. memang jalan sakan la cuti ari raya ye kak..

    BalasPadam
  8. Meriahnya sanak saudara ramai...hari raya baru kita berjumpa..waktu lain sibuk bekerja.

    BalasPadam
  9. ziarah menziarah yg tua dan sakit..esok2 kita pula yg di ziarahi..
    semoga di berkati semua yg sehat dn sakit.

    meriah rayanya..

    BalasPadam
  10. Saya paling suka kalau raya g menziarahi..x kira siapa..tp suka sangat..sebab masa rayalah kita nak jumpa orang2 yg dah lama kita x jumpa kan..bertanya khabar..bertukar2 cerita..meriah

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Raya..Wanie datang sini dan follow ye..salam perkenalan.. ^_^

    BalasPadam
  12. Tak sempat beraya kat KL lagi CH.... kat kg hari tu adalah gi rumah kakak abang OKje dan makcik pakcik sebelah suami
    Masa nilah kita nak ziarahkan CH....kalau tidak bila lagi

    BalasPadam
  13. meriah raya CH tahun ni..selamat hari raya :)

    BalasPadam
  14. Meriahnya beraya sambil berziarah..
    Salam Eidul Fitr.. :)

    BalasPadam
  15. Meriahnya akak..
    Sy belum smpt kongsi entri

    BalasPadam
  16. best dapat menziarah sanak saudara semasa raya....

    BalasPadam
  17. banyak juga rumah sempat beraya..ziarah sanak saudara terasa meriahnya kan..salam aidilfitri maaf zahir batin

    BalasPadam
  18. Kalau hari raya idah memang suka cari mak2 & pak2 sedara especially yang dah uzur tu... kita tak tau samada raya depan kita akan dapat beraya lagi ke tidak... setidaknya dapat juga bermaafan dan bertanya khabar... :)

    BalasPadam
  19. gigih ny akak mengambik gambar setiap rumah yer.. simpan kenangan.. :)

    BalasPadam
  20. Pegi penang je raya kali ni. Tu pun dah raya ke 4. Ry ke 5 balik gombak.

    BalasPadam
  21. perkara wajib yg perlu dilakukan bila raya...kunjung mengunjung sedara mara... seronok klu jumpa :)

    BalasPadam
  22. tu yg best tu ambik gambar setiap rumah. sy xde pulak thn ni. mmg dah ramai yg uzur...kita pon umur makin meningkat.

    BalasPadam
  23. mak cik tu sakit apa? nampak uzur benar... syafakallah

    BalasPadam
  24. setiap rumah ada gambar..sy bergambar kt rumah nenek aje

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)