JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 16 Ogos 2014

MISTERI Orang PEREMPUAN

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu.. Saya dapat di FB.. santai pulak membacanya.. saya kongsikan disini..





Misteri orang perempuan.

Lepas mandi, aku check dalam almari, nak cari baju pagoda, atau baju kungfu, atau baju panas ( T-shirt nipis warna putih) tapi nampaknya tiada stok dalam lipatan, aku ada 5 helai baju ni, bermakna mungkin berada dalam bakul baju sebelum di basuh, atau mungkin berada dalam mesin basuh, atau mungkin berada dalam bakul baju yang sudah dibasuh belum dijemur, atau mungkin ada di ampaian, atau mungkin ada dalam bakul baju yang baru di angkat.

Bini yang sedang memasak ditanya aku:

“Kat mana baju panas abang?”

“Dalam bakul baju bilik depan, saya belum sempat nak lipat”

Aku pergi bilik depan, ada 2 bakul baju, satu bakul baju orang dewasa, (baju kami laki bini) satu bakul baju anak anak, (ada 5 anak) akupun selongkar cari baju panas aku dalam bakul baju orang dewasa tapi tak jumpa. Cara cari lihat kain warna putih, tapi bila tarik, bukan baju panas tu.

“mungkin termasuk dalam bakul baju anak-anak”

Bisik aku yang mula rasa panas, lantas akupun selongkar pulak cari baju panas dalam bakul baju kanak kanak, lagilah tak jumpanya!.

Aku yang sudah panas! Lalu jerit:

“Takdepun abang cari dalam bakul, atau awak belum basuh!?”

Bini kecilkan api dapur dan datang dengan gaya larian macam jogging siap dengan gerak perlahan sambil berkata:

“ye, cik abang, salah saya cik abang cari baju tak jumpa”

Aku nak tergelak tengok bini buat lawak yang mengingatkan aku pada babak suri rumah jepun yang setia. Tapi aku dengan ego lelaki, langsung tak senyum dengan lawak bini malah siap murka lagi:

“Abang cari dalam kedua dua bakul tak ada pun, jika tak ada cakap tak ada, tak payah susah susah abang nak cari!”

Bini dengan senyuman yang masih belum berhenti terus seluk tangan dalam bakul baju orang dewasa, keluarkan baju panas sambil berkata:

“ini baju abang, saya sambung memasak ye bang!”

Arghh, dulu jika barang hilang, bini cari terus jumpa, hari ni baju pun sama, sekali seluk dah jumpa?

Misteri sungguh orang perempuan ni, bela jin ke apa? Woha!
L

17 ulasan:

  1. betul2..hehe ...salam kenalan sis,,,dari saya dila.

    BalasPadam
  2. tau takpe..pengalaman setiap suami mungkin sama..nampak sangat semua keje umah isteri yang buat..jadi isteri juga ingat mana dia letak..

    BalasPadam
  3. aish.. kebanyakkannya memang begitu.. tak dinafikan kak..

    BalasPadam
  4. kisah yang very true... tapi tidak la sampai kata cari dengan idung ker?

    BalasPadam
  5. betul tu kak..setuju. .magic nya tgn seorg isteri. .hehe. .

    BalasPadam
  6. Ada juga suami macam tu di dunia ini? Pengalaman saya berbeza sebab pakaian saya, saya yg lipat sendiri, seterika sendiri, simpan sendiri di dalam almari. Isteri dilarang membuang masa untuk pakaian suami, tangan wanita terlalu mulia untuk perkara-perkara remeh seperti itu. Tangan wanita diperlukan untuk hal-hal lain yang lebih hebat dan produktif...

    BalasPadam
  7. kikiki, exactly... misteri la sgt... mmg gitu la kalau orang laki yg cari baju...

    BalasPadam
  8. Orang perempuan memang unik, macamana sibuk dengan kerja yang dia lakukan boleh ingat semua perkara termasuk pakaian dan lain2.

    BalasPadam
  9. Orang perempuan memang unik, macamana sibuk dengan kerja yang dia lakukan boleh ingat semua perkara termasuk pakaian dan lain2.

    BalasPadam
  10. itu la hebatnya penangan isteri kan,...cari guna mulut macam tu la...

    BalasPadam
  11. Mmg ada betulnya kan CH....setuju sesangat....lagi sorang anak anak....sama jer anak dgn bapak hehe....cari barang tak pernah jumpanya

    BalasPadam
  12. orang perempuan ibarat vedio kamera..apa yg di buat dan apa yg lalu dpn dia semua di rakam..

    BalasPadam
  13. org perempuan ni mmg penyabar...

    BalasPadam
  14. Dah rumah tu duniaku. Memanglah semuanya dalam genggaman kita. Tak mainlah bela jin ke apa :) Tapi memang betul. Kalau kat rumah tu, tanya sahajalah apa. Memang sampai sekecil-kecil tempat pun kita akan beritahu. Kalau suruh anak-anak atau bapaknya mencari, sampai tahun depan pun tak jumpa barang dicari.

    BalasPadam
  15. hebatkan?? hahah, saya slalu tengok kakak saya camtu..

    BalasPadam
  16. hahaha...perempuan memg de bela jin...kihkih

    BalasPadam
  17. org laki cfr dgn hidung sbb tu x jumpa hehehehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)