Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kekawan berada dalam rahmat Ilahi hendaknya :)
Kelmarin semasa saya dan en suami sedang berbuka puasa..
Nabil tiba-tiba berkata " ehh depan rumah kita ada ambulan datanglah"
Pastu kakak dua orang tu pun mengintai sama dibalik cermin tingkap.. en suami pun bangun dan buka pintu menjenguk.. tengok ambulan tu berada dirumah ketiga didepan rumah kami.. Pegawai perubatan terus masuk kedalam rumah tu...
Kami terus berbuka puasa.. tak lama tu mereka tergesa-gesa , mengankat pesakit kedalam ambulan.. en suami pun keluar semula.. tengok abang tu dah ada kat luar.. tengok rupanya anak perempuannya yg sakit.. pegawai perubatan tu terus menekan perut memberi bantuan..
En suami kata tengok mulutnya dah berbuih dan ada keluar darah sedikit...
Pagi esok saya tengok rumah abang ni gelap ajer.. anak perempuan abang ni dah berkahwin, duduk sama serumah anak beranak mereka ni...
Saya pun terus menghantar anak-anak sekolah seperti biasa.. sampai di ofis lebih kurang pukul 8.30pagi, en suami telefon mengatakan anak jiran tu dah meninggal malam tadi.. Inna lillah wa inna ilayhi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
Anak perempuan abang ni berumur 24 tahun dan punya dua orang anak, seorang berumur 3 tahun dan seorang lagi baru 9 bulan dan masih menyusu dengan ibunya..
En suami kata pagi ni pukul 9am baru post mortem dan akan dikebumikan di Sabak Bernam kampung suaminya, tak bawa balik taman ni.. Saya tanya sakit apa pada en suami.. En suami kata tak ada yg serius.. semalam petang dia pengsan masa tu suami dia nak pergi kerja malam , jadi nak beritahu dia nak pergi kerja tengok isterinya dah tak sedar diri.. tu yg panggil ambulan..
Dalam hati saya berkata.. mudahnya kematiannya.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.. Alfatihah..
"Tiap-tiap diri yang bernyawa akan merasai mati" firman Allah dalam surah Ali Imran ayar 185
Muhasabah buat diri saya sendiri mengenai kematian..
Ya Allah... kesian nya kan kak..Al-Fatihah buat anak jiran tu.. bila2 masa yg tak terduga kita akan di 'jemput pulang"... muhasabah diri..
BalasPadamsemoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana..Al Fatihah..
BalasPadamAl-Fatihah.
BalasPadamMlm td lepas magrib sy juga dpt berita kematian. Officemate sy kematian suami. Officemate ni jenis yg sangat rapat dgn suami, ke mana saje dgn suami, tgh balil lunch, loving couple la senang ckp...demam berterusan lps2 raya ni, syak jangkitan kuman dlm darah.
Innalillah..al fatihah..semogah Allahyarhamah ditempatkan diklgn mereka yg beriman..
BalasPadamInnalillalh .. Al Fatihah... Sian anak2 yg ditinggalkan
BalasPadamsemoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. alfatihah
BalasPadammudahnya kematian.. tak disangka2.. salam takziah buat keluarganya.. :(
BalasPadamAl Fatihah buat anak jiran tu.......
BalasPadamAl-Fatihah...sekarang ni kematian menjemput tidak mengenal usia
BalasPadamAl-Fatihah utk Arwah...
BalasPadamInnalillahhiwainnailaihirojiun...
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.
innalillah.. kesiannya pada anak anak dia yg masih kecik tu..
BalasPadamkesian anak kecil yg sudah ketiadaan ibu....al fatihah dan takziah untuk jiran yatie
BalasPadamYa Allah, betapa dekatnya kita dengan kematian...innalillahiwainnailaihirajiun..
BalasPadamal fatihah.. sayu dan tersentuh membaca entri ini..
BalasPadamya Allah..innalillahiwainnailaihirojiun..
BalasPadamsedih pulak falsya bile mengenangkan anak2 arwah yg masih kecil..
al-fatihah..
Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Mudanya baru 24 tahun. Kasihan pulak pada anak-anak kecil yang ditinggalkan. Si kecil tu belum bercerai susu lagilah kan. Sayunya rasa hati.
BalasPadamInnalilahiwainailihirojiun, Al-Fatehah semuga rohnya ditempatkan bersam orang2 yang beriman...
BalasPadamAllah... kematian yg x d duga... semoga anak2 arwah d besarkan dgn sempurna & ada yg mampu memberikannyer susuibu... sebak nyer rasa...
BalasPadamDaripadanya kita dtg kepadanya kita kembali....alfatihah buat arwah.....insafnya diri ini. Gitulahkan CH bila bila masa jer kita dipanggil
BalasPadamInnalillahi waiina ilaihi raajiuun
BalasPadamalfatihah...
BalasPadam