JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 15 Ogos 2014

Kenapa ada AMBULANS Depan RUMAH Kita.....

Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kekawan berada dalam rahmat Ilahi hendaknya :)



Kelmarin semasa saya dan en suami sedang berbuka puasa.. 
Nabil tiba-tiba berkata " ehh depan rumah kita ada ambulan datanglah"
Pastu kakak dua orang tu pun mengintai sama dibalik cermin tingkap.. en suami pun bangun dan buka pintu menjenguk.. tengok ambulan tu berada dirumah ketiga didepan rumah kami.. Pegawai perubatan terus masuk kedalam rumah tu...
Kami terus berbuka puasa.. tak lama tu mereka tergesa-gesa , mengankat pesakit kedalam ambulan.. en suami pun keluar semula.. tengok abang tu dah ada kat luar.. tengok rupanya anak perempuannya yg sakit.. pegawai perubatan tu terus menekan perut memberi bantuan.. 
En suami kata tengok mulutnya dah berbuih dan ada keluar darah sedikit...
Pagi esok saya tengok rumah abang ni gelap ajer.. anak perempuan abang ni dah berkahwin, duduk sama serumah anak beranak mereka ni...
Saya pun terus menghantar anak-anak sekolah seperti biasa.. sampai di ofis lebih kurang pukul 8.30pagi, en suami telefon mengatakan anak jiran tu dah meninggal malam tadi.. Inna lillah wa inna ilayhi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
Anak perempuan abang ni berumur 24 tahun dan punya dua orang anak, seorang berumur 3 tahun dan seorang lagi baru 9 bulan dan masih menyusu dengan ibunya.. 
En suami kata pagi ni pukul 9am baru post mortem dan akan dikebumikan di Sabak Bernam kampung suaminya, tak bawa balik taman ni.. Saya tanya sakit apa pada en suami.. En suami kata tak ada yg serius.. semalam petang dia pengsan masa tu suami dia nak pergi kerja malam , jadi nak beritahu dia nak pergi kerja tengok isterinya dah tak sedar diri.. tu yg panggil ambulan.. 
Dalam hati saya berkata.. mudahnya kematiannya.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.. Alfatihah..

"Tiap-tiap diri yang bernyawa akan merasai mati" firman Allah dalam surah Ali Imran ayar 185

Muhasabah buat diri saya sendiri mengenai kematian..


22 ulasan:

  1. Ya Allah... kesian nya kan kak..Al-Fatihah buat anak jiran tu.. bila2 masa yg tak terduga kita akan di 'jemput pulang"... muhasabah diri..

    BalasPadam
  2. semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana..Al Fatihah..

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah.
    Mlm td lepas magrib sy juga dpt berita kematian. Officemate sy kematian suami. Officemate ni jenis yg sangat rapat dgn suami, ke mana saje dgn suami, tgh balil lunch, loving couple la senang ckp...demam berterusan lps2 raya ni, syak jangkitan kuman dlm darah.

    BalasPadam
  4. Innalillah..al fatihah..semogah Allahyarhamah ditempatkan diklgn mereka yg beriman..

    BalasPadam
  5. Innalillalh .. Al Fatihah... Sian anak2 yg ditinggalkan

    BalasPadam
  6. semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. alfatihah

    BalasPadam
  7. mudahnya kematian.. tak disangka2.. salam takziah buat keluarganya.. :(

    BalasPadam
  8. Al Fatihah buat anak jiran tu.......

    BalasPadam
  9. Al-Fatihah...sekarang ni kematian menjemput tidak mengenal usia

    BalasPadam
  10. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.

    BalasPadam
  11. innalillah.. kesiannya pada anak anak dia yg masih kecik tu..

    BalasPadam
  12. kesian anak kecil yg sudah ketiadaan ibu....al fatihah dan takziah untuk jiran yatie

    BalasPadam
  13. Ya Allah, betapa dekatnya kita dengan kematian...innalillahiwainnailaihirajiun..

    BalasPadam
  14. al fatihah.. sayu dan tersentuh membaca entri ini..

    BalasPadam
  15. ya Allah..innalillahiwainnailaihirojiun..

    sedih pulak falsya bile mengenangkan anak2 arwah yg masih kecil..

    al-fatihah..

    BalasPadam
  16. Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Mudanya baru 24 tahun. Kasihan pulak pada anak-anak kecil yang ditinggalkan. Si kecil tu belum bercerai susu lagilah kan. Sayunya rasa hati.

    BalasPadam
  17. Innalilahiwainailihirojiun, Al-Fatehah semuga rohnya ditempatkan bersam orang2 yang beriman...

    BalasPadam
  18. Allah... kematian yg x d duga... semoga anak2 arwah d besarkan dgn sempurna & ada yg mampu memberikannyer susuibu... sebak nyer rasa...

    BalasPadam
  19. Daripadanya kita dtg kepadanya kita kembali....alfatihah buat arwah.....insafnya diri ini. Gitulahkan CH bila bila masa jer kita dipanggil

    BalasPadam
  20. Innalillahi waiina ilaihi raajiuun

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)