JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 7 Jun 2015

RESEPI KUEH REMPEYEK

Assalamualaikum kekawan..

Selamat bercuti dihujung minggu bersama keluarga..
Sedapnya tengok rempeyek ni kan..
Raya pun dah nak dekat.. macam nak cuba jer buat rempeyek sendiri...
Ini hasil tayangan kawan saya kat FB lah..
Udah tergoda dan teruja nak membuatnya :)





Resepi Kuih Rempeyek
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:
1.Bersihkan dan toskan kacang tanah.
Bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.
2.Panaskan minyak atas api yang sederhana besar.
Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya
dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.
3.Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.
Siap!

3 ulasan:

  1. Mcm senang plak kan kak...boleh cuba nanti ni...

    BalasPadam
  2. Kalau tengok resepi macam senang ajekan, CH. Tapi masa membuatnya, entah jadi entah tidak. Kena selalu buat, baru hasilnya cantik. Boleh buat berjualan cari rezeki sampingan *_* Saya bab rempeyek ni paling suka ikan bilisnya!

    BalasPadam
  3. Walaupun jaws okje kurang suka peyek CH....kalau peyek kacang Dal best jugak, tak pun Peyek ikan bilis, tu baru laju hihi...
    Nampak senang , praktikalnya tak taulah pulak....sebab tak pernah buat

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)