Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Perkongsian dari wasap group semoga menjadi peringatan kepada saya dan memberi manfaat kepada kekawan...
🍀 KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit
🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.
🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala
🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?
🍁 Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya.
salam jumaat kak... thanks for sharing...dan terima kasih di atas peringatan.
BalasPadaminshaallah
BalasPadamterima kasih kak
BalasPadamKita tahu tapi buat2 tak tahu...itu yg sedihnya kan T...Tkasih T atas ingatan...
BalasPadamterima kasih kongsikan... banyak yg kita tau tp tak terbuat. kenapa ya?
BalasPadamhuhuhu kita yg sering ter khilaf
BalasPadamSikit2 tpi istiqamah
BalasPadamin sha Allah teringat je akan amalkan..
BalasPadamTahu tapi tak buat itu laaaagi rugi berbanding yg memang tak tahu sebab itu dia tak buat. So... dah tahu sama-sama kita amalkan. Mati itu semakin menghampiri itu yg paling kakak takut Yati. Amalan tak sempurna lagi.
BalasPadamTerimakasih yatie,berkongsi utk mngingati apa yg mudah dilakukan tpi payah nk buat...sedar mati smakin hampiri
BalasPadamTerimakasih yatie,berkongsi utk mngingati apa yg mudah dilakukan tpi payah nk buat...sedar mati smakin hampiri
BalasPadamjauhkanlah kami semua dari kelalaian...
BalasPadamTerima kadih sudi kongsi dan ingat mengingati.
BalasPadamhat nie paling susah sekali saya nak amalkan.....
BalasPadamterima kasih mengingatkan kak.. memang.. liat T.T
BalasPadamJazakillahu khairan siti..")
BalasPadamPerkongsian yg sgt bermakna... tersentuh sgt... byk sgt yg tak lakukan.
BalasPadamBetul tu ... terima kasih atas ingatan...
BalasPadamTerasa khilaf sendiri. Takut dosa tak rertanggung...Mampukah kita berdiri di masyar untuk diadili.
BalasPadamKalau tak tahu takpa juga. Ini tahu tapi tak buat, aduhai lagilah rugi hidup di muka bumi ni rasanya... Kenapa ya kesuntukan masa yang selalu dijadikan alasan?
BalasPadam