JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 11 Ogos 2015

MENJEJAK KASIH DI HARI RAYA...18 Tahun tidak berjumpa ^__^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik.. 

Setelah hampir 18 tahun tak berjumpa.. baru sabtu lepas saya bertemu muka dengan kawan sekolah saya ini.. itu pun tak dapat saya nak berborak lama kerana perlu balik semula ke shah alam dengan segera.. 
Mula-mula menjejak kasih di FB.. Fazilah mula add friends dengan saya.. teruja saya menengok FB.. secepat saya approve kan.. pastu mesejlah.. minta pula no wasap.. dah berwasap pula..


Masa tu open house di rumah kawan sekolah saya wahidah ni yg berbaju biru.. lama saya menunggu dari pukul 2.30pm hingga ke pukul 4.30pm, ingatkan memang tak dapat nak jumpa sebab saya dah gerak balik.. tiba saya disimpang besar untuk kejalan besar, dapat telefon dari dia.. "Ti, aku sesat ni.. kat mana rumah wahidah" "laaa.. ko kat mana sekarang, aku dah balik pun tapi tak aku kat simpang ni.." "Aku kat depan hardware ni" "Ok , ko tunggu aku kat situ, aku patah balik"
Gigih saya patah balik untuk berjumpa kawan lama saya ni.. dari sekolah rendah ke sekolah menengah sama.. mahu tak rindu.. bila masing2 dah berkeluarga tu yg terpisah sekian lama..
Bila dah berjumpa tu terus berposing ambil gambar, tak naik lagi rumah wa, tu yg gambar posing depan kereta dia ajer..
Senyum jer hubby dia tengok perangai kami.. yg berpeluk-pelukan.. :)


Ni lah pemberiaannya.. Kacang Botol, Bunga Kantan dan Dodol..
Dodol yg dia buat tu amat sedap sekali.. 
"Ti, aku ada bawa sesuatu untuk ko, ni semua aku tanam dan dan buat sendiri, kesian pulak aku baca wasap ko kat group ladies SMBG tu.. payah nak dapat bunga kantan.. yg dah layu pun harga RM4.50 sebatang huhuhu.. tapi tulah tak banyak benar bunga kantan ni" 
Keesokan harinya, wasap dia ucapkan terima kasih, dan maaf saya tak ada apa pun untuk dia.. dia kata sebenarnya nak pergi ziarah mak saya.. tapi tulah terperangkap dalam jem.. rata2 jalan pada hari tu memang jem, orang pergi open house dan juga kenduri kahwin.. tak sangka pula dia berhajat utk sedekah duit pada mak, jadi dia kirimkan duit tu pada wahidah.. aduh bertambah sebak saya.. 
Kalau kawan rapat memang macam tulah kan.. banyak suka duka dikongsikan bersamanya dulu.. tu yg rindu sangat..


Hari ahad tu saya masak kacang botol yg diberikan goreng berlada dengan ikan bilis.. kegemaran anak2 saya juga.. Kakak Nabilah kata"Mama ni yg mak cik tu bagi mama ye, sedaplah kacang botol dia lembut"
Yelah hasil tanaman sendiri.. fresh dari ladang kan..

Semalam saya buat pulak kerabu kacang botol dengan ikan pekasam.. en suami semalam last berpuasa.. buka puasa dengan ni bertambah-tambahlah tambah nasi nya :)
Nak respinya disini kerabu-kacang-botol-ikan-pekasam.

Bunga kantan yg diberi saya buat pula asam pedas.. lagi lah en suami tersenyum lebar.. membangkit selera nya berbuka puasa..

Terima kasih teramat banyak buat sahabat saya yg dikasihi ni..
"That's What Friends Are For ?" kan :)

13 ulasan:

  1. Yatie sama dgn kakak rsya thun ni ckup brmkna dpt jumpa kwn2 lma tpi akak skdr alam maya ssja takat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan kak saniah, bila dapat menjejak kasih dengan kawan sekolah yg telah sekian lama tidak berjumpa.. :D

      Padam
  2. T..siapa T..Fazilah Alias ker...T ko ingat tak masa kita form 5 Teacher Marry Anne pernah suruh kita nyanyi lagu "That's what friend are For"...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Nee.. Fazilah Alias, masa tu di penolong ketua kelas kita.. yg selalu kita sakat sebab baik bebenor hahaha..
      Mahu tak ingat lagu tu Nee..
      Marry Anne bawa kita gi nyanyi kat library masa tu..
      Suruh dengar lagu tu sambil nyanyi and fill in the blank.. hahaha
      Aku yg kureng BI ni.. selalu meniru ko lah hihihi..
      Tu lah hari tu wahidah buat open house utk Group Wasap SMBG..
      Beriye dia nak datang.. suruh aku tunggu.. smpi dia dtg juga..
      tu yg aku sanggup patah balik.. jumpa dia :D

      Padam
  3. Berjumpa rakan sekolah memang seronok kan yatie

    BalasPadam
  4. Nur Hayati,
    Seronok kan kan..
    K.Sham dulu dpt jumpa kwn lama masa sekolah rendah.. siap peluk-peluk.. melompat-lompat.. hilang segan pada anak-anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak sham, hilang segan silu , anak2 pun gembira sama bila tengok mak-mak ni berpelukan dan melompat kegembiraan hehehe :D

      Padam
  5. kacang botol cicah sambal tempoyak..peehhhhh

    BalasPadam
  6. manisnya pertemuan itu kan kak... msti rasa nk borak lama2 lg...

    takpe, pasni moga lbh senang nk jumpa kan kak...

    mcm2 boleh buat kan.... yelah skrg bunga kantan mahal betul... dana kalu blaik kg msti mintak bunga kntan kt makcik belaknag umah dia ada pokok bunga kantan beso...
    zmn skrg nih sume mahal kan...

    BalasPadam
  7. alahai..masak2 menunya..
    terliur..

    syukur..dapat bertemu kawan2 kembali.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)