Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 8 Ogos 2015

RESEPI SAMBAL KARI UDANG



Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..
Hujung minggu ni tentu ada yg memenuhi open housekan..
Saya pun ada dua open house nak pergi ni, sebelum tu jejalan kat FB, tengok kawan post pulak lak resepi ni.. sebelum hilang kita save dulu kat sini :D




SAMBAL KARI UDANG
=====================
Bahan-bahan:
1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
1 labu bawang besar di hiris
2 tangkai lada merah di hiris
4 sudu besar rempah kari
1 biji tomato dipotong panjang
2 kpg asam gelugor
1 pokok daun bawang di potong 1 inci panjang
i pelepah daun kari
sedikit air
sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Bahan untuk dikisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Caranya:
1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
2. Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk menggelakkan kari dari hangus.
3. Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.
4. Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
5. Gaul rata dan boleh diangkat.
6. Sedap di makan dengan nasi panas.
SELAMAT MENCUBE DAN SILA SHARE
Jom share resepi ni
Sumber : Resepi Orang Kampung
Jika Anda Suka ?? Sila Komen "SHARE" & "LIKE"

4 ulasan:

  1. assalam yatie...tak pernah lagi masak udang macam ni ,boleh cuba ni ...kari kering kan tentu sedap.

    BalasPadam
  2. Terima kasih share kak, teringin nak makan udang tp blur tak tau nak pesen apa.. ini menark ni.

    BalasPadam
  3. Saya suka sambal kari udang yg sambalnya lebih banyak sikit sebab kebetulan anak2 suka sambalnya...

    BalasPadam
  4. sambal kering x berkuah...kalau JM buat ikut resipi akan lebih kan kuah sbb adik suka mkn kuah sambal tu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)