JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 25 Ogos 2015

GORENG SAMBAL TERUNG TELUNJUK IKAN TAMBAN

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Goreng terung telunjuk ni dah lama kekawan.. baru sekarang nak up entri hehehe.. saya regukan dengan ikan tamban.. aduh teringat pula emak.. ini lauk kegemaran mak.. kita ni bila masakan emak.. tulah jua yg kita masak utk anak2 merasakan masakan tu.. anak2 saya cukup suka juga ikan tamban goreng berlada  dgn terung ni kekawan..


Tijah yg kecil molek ini.. suka tersenyum orangnya :)
Ini hasil kebun kawan sekolah saya yg berjaya ini kekawan.. Tijah
Bila dah ada wasap group sekolah ni.. semua tau kekawan buat apa sekarangkan.. Jadi masa open house rumah wahidah.. suruh Tijah bawa sayuran dari kebunnya..


Ini lah yg sempat saya beli dari Tijah tu.. dah ramai kan masa rumah wahidah tu.. saya dah pesan pada Tijah supaya pack dlm beg plastik senang nak ambil.. saya ambil yg dah lama saya tak makan lah .. jering tua dan terung telunjuk ni.. juga serai tu..


Sebelum tu saya dah masak gulai terung telunjuk dgn ikan masin .. resepi DISINI , dua kali masak dengan terung telunjuk ni.. puas makan kami anak beranak..

 Hendak resepi goreng sambal pula dibawah
Jom intai resepi saya yg mudah ni kekawan.. :D

RESEPI GORENG SAMBAL TERUNG TELUNJUK IKAN TAMBAN

Bahan-bahannya :-

10 batang terung telunjuk (saya belah 2 aje)
3 biji cili merah*
5 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
Semangkuk kecil ikan tamban
garam secukup rasa

Cara-caranya :
1) Panaskan minyak dan goreng terung hingga masak(agak-agak ye jangan lembik sangat) Lepas masak tu angkat.
2) Goreng pula ikan tamban hingga garing. Lepas masak angkat
3) Kemudian tumiskan pula bahan kisar hingga naik bau wangi dan letak garam secukup rasa.
4) Apabila sambal yang tumis dah masak, tutup api, kemudian masukan terung dan ikan bilis yang siap digoreng.
5) Gaulkan sambal hingga mesra
6) Siap untuk dihidang.

Makan pula bersama nasi putih yang masih berasap tu.. peghhh terasa keenakannya :D


14 ulasan:

  1. Aduhai sedapnya yatie...ini kalau makan tengahhari nasi panas2 mahu bertambah2 nasi...hilang dah diet.

    BalasPadam
  2. Aduhai sedapnya yatie...ini kalau makan tengahhari nasi panas2 mahu bertambah2 nasi...hilang dah diet.

    BalasPadam
  3. Sedap T terung telunjuk...aku masak berlada cili api jer T..meleleh air idung..tp nasik bertambah 3 pinggan...

    BalasPadam
  4. aduh kak...regu lauk yg sedap tu kak...lagi2 fresh dari kebun .... lieya tak reti mule2 makan terung telunjuk nie...tapi lieya suke jerung biase tu ..sekali try makan terung telunjuk ni oiii sedap rupenye kak yeak.....ikan tamban lame tak beli...lieya suke kak...kelar kat badan byk2 goreng...garing2 hah...mak oii sedap2....

    BalasPadam
  5. adehhh...tertelan2 ailio..sedapnye kak..

    BalasPadam
  6. Kakak konon tanam terung ni Yati tapi pokoknya cekeding. Keluar juga bunga tapi tak sempat jadi buah dah gugur. Kalau tak boleh masak mcm Yati ni:). Nampak pun menggoda selera

    BalasPadam
  7. Sedapnya. Boleh nak cuba buat juga macam ni.

    BalasPadam
  8. Setuju.
    Yang Mak kita masak utk kita.. kelak kita masak utk anak-anak kita pulak.
    - sayu K.Sham baca. Lauk terun-temurun.
    - Lauk kampung memang klasik.

    BalasPadam
  9. macam tak penah tgk terung telunjuk kat pasar alor setar....resipi simple2 ni mmg best nk try....hehehe

    BalasPadam
  10. tak makan sayur.. huhu..tapi mcm lemak ikan tamban tu macam sedap kje kak..adeh kecur air liur ni

    BalasPadam
  11. First time dengar nama terung telunjuk. Nampak sedapppp! Thanks kongsi resepi. Boleh pelbagaikan varian masakan harian!

    Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog awak di bloglist saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  12. Oh, ada namanya terung telunjuk ya! Saya cuma tahu terung biasa warna ungu tu dan juga terung bulat kecil-kecil tu yang mati-matilah saya ingatkan kacang pea!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)