JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 18 Ogos 2015

RENDANG DAGING MINANG... emmm dapnyaa

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Masak rendang daging ini adalah minggu lepas, apabila Kak Nabilah kata ," mama Madrasah akak ada buat open house, jadi kakak kena bawa rendang" 
"Bila open house madrasah tu" tanya saya semula
"Hari Isnin mama, boleh lah ye mama,kakak kata kat ustazah, mama masak rendang sedap" pujuknya..
Aduh kak Nabilah .. sabar je lah.. bukan mama tak nak buat , tapi weekend kan giliran saya kena jaga mak di Kuang..  Jadi terkejar2 lah saya menyediakan rendang minang ni..

Hari ahad pagi tu saya pun pergi ke pasar stadium membeli daging, kak nabilah kata cukup 1 kilo jer mama.. ustazah kata ada makanan sampingan, tapi saya beli 1 1/2 kilo.. Rendang minang ni kena sabar sebab nak menunggu keringnya tu.. Saya sediakan semua bahan-bahannya dan tumis , yang mengacau rendang ni saya suruh kak nabilah, suka dia bila tengok rendang tu masak dengan jayanya dan penat mengacau pun tak terasa oleh kak nabilah :)

Nabil memang suka makan rendang  dengan nasi impit, jadi saya rebus nasi impit hari ahad tu.. Lauk tengahari lain pulak.. saya masak terung telunjuk goreng ikan tamban dan asam pedas siakap untuk en suami..

Hari selasa tu saya telefon nabilah.. "cukup tak rendang tu kakak" tanya saya.. "Cukup mama, ramai yg suka mama, sedap kata ustazah dan kawan2.. rendang mama yg dulu habis makan dengan nasi impit, nanti mama boleh masak lagi ni" balasnya.

Jom intai resepi rendang minang saya yg cukup mudah ni..

RENDANG DAGING MINANG

Bahannya :-

  • 1 1/2 kilo daging 
  • 4 biji kelapa (asing santan pekat semanggkuk)
  • 10 biji bawang merah kecil*
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 5 batang serai* (dikisar *)
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit
  • Kerisik
  • 2 batang serai di ketuk
  • 300 grm Cili kering kisar (ikut kepedasan yg anda suka)
  • Garam secukup rasa
Caranya:-
  1. Tumis bahan kisar dan cili hingga wangi masukan santan yg perah kedua dan ketiga, lepas tu masukan daging . (masukan biji kurma utk melembutkan daging)
  2. Apabila santan mendidih masukan garam, serai,rasa masinnya.
  3. Kacau sehingga terbit minyak, kemudian masukan santan pekat, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
  4. Siap untuk dihidang bersama lemang atau ketupat dan nasi impit :)

26 ulasan:

  1. telan air liur ni..tengok pon sedap...nak jugak..:)

    BalasPadam
  2. Berandang minang wa'ang T yor..sadap banar den caliek an tu....nampak karieng randang tu tapi dek banyak santan dan bumbu..basalero Nabil yor...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyo Nee.. mengikuit salero padusi yg surang iko.. Barandang minang awak iko..
      Bumbu tu penambah lamak inyo Nee :D

      Padam
  3. sedap ni..
    rendang hanay dimasak time raya sahaja

    BalasPadam
  4. Sah sedaplah tu Yati kalau ustazah dan kawan-kawannya kata sedap.
    Tak kisah terkejar-kejar sebab bukan selalu buat utk anak-anak sekolah.

    BalasPadam
  5. MInang haruslah pedassssss

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pedasssss penambah ummpphh

      Terima kasih singgah Aishah.. InsyaAllah akan ke blog AA..

      Padam
  6. Bagi ai.. rendang kalau tak pedas, rasa tak puas makan.. ;)

    BalasPadam
  7. Makan dengan roti boleh juga ni..sedapnya rendang minang yatie..

    BalasPadam
  8. Makan dengan roti boleh juga ni..sedapnya rendang minang yatie..

    BalasPadam
  9. tak pernah cuba lagi....biasanya wife buat rendang ikut biasa jer

    BalasPadam
  10. Hmm..sedapnyaa rendang minang.. :)

    BalasPadam
  11. Taun ni xdpt mkn rendang......sedih.raya dlm kesibukan.

    BalasPadam
  12. x pernah cuba plak rendang minang ni...klu nk cuba masak leh terjah blog yatie ni

    BalasPadam
  13. mama yang masak haruslah sedap.. betul rendang minang memang lama nak siap.. kalo mak buat.. alamatnya CT la yang menjaga dapur.. dia tumis2 semua je.. hehe..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)