JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 7 Oktober 2015

GOTONG ROYONG BINA PUSARA MAK..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Pada hari ahad yg lepas kak lang mencadangkan agar diletak penghalang papan di pusara mak.. ini kerana bila hujan air hujan akan membawa tanah ke bawah dan membuat pusara mak menjadi mendap..

Pusara mak ni bawah bukit dan tempat laluan air.. jadi senang sangat mendapnya.. pusara arwah abah diatas bukit tu.. selang dua baris dari pusara mak ni..

Memulakan meletakan papan di pusara mak.. masa tu saya, uda, kak lang serta anak menantunya datang membantu untuk membuat pusara sementara ini.

Uda meratakan tanah di tepi-tepi pusara itu supaya mampat.. 

Alhamdulillah .. siap pusara sementara mak.. dah tanya pada adik yg buat batu nisan arwah abah tu.. dia kata tunggu 3 bulan.. bila nak mampat baru kita pasang.. 









22 ulasan:

  1. Oh...kena tunggu mampat Baru boleh buat eh...takpe la Kak..janji boleh buat bg elok nanti...salam takziah....alfatihah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah siap juga pusara sementara arwah mak akak... memang kena tunggu tanah mampat baru boleh letak nisan kan...

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah untuk arwah emak Yati. Kak rose pun baru tempah batu nesan untuk arwah bapak dan kata tukang tu mmg kna tunggu tanah mampat baru boleh pasang rumah n batu nesan tu...ingatkan ari tu arwah boleh dapat rumah baru menjelang Aidiladha... rupanya kena tunggu lg. Al-Fatihah untuk arwah bapak.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...dipermudahkan segala urusan....

    al fatihah...moga Allahyarhamah sedang tenang dan bahagia di jannah Allah....

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah siap sudah wlpun utk sementara.Urusan batu nesan ni kakak dan suami adalah pengalamn sebab sentiasa selalu jga pusara mertua dn mak juga abng,kena tengok2 tanah mendap jika hujan ..memang tak boleh terlalu awal pasang batu nesan.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah siap sudah wlpun utk sementara.Urusan batu nesan ni kakak dan suami adalah pengalamn sebab sentiasa selalu jga pusara mertua dn mak juga abng,kena tengok2 tanah mendap jika hujan ..memang tak boleh terlalu awal pasang batu nesan.

    BalasPadam
  7. Al-fatihah...semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 mukmin

    BalasPadam
  8. alhamdulillah... gotong royong sama2 lg rasa puas hati...
    alfatihah bt arwah mak akak

    BalasPadam
  9. Al fatihah..

    Terima kasih menulis tentang hal ini...saya perlu take note...utk persiapan kita semua yang akan mati

    BalasPadam
  10. Al-Fatihah buat si arwah.
    Such a blessed family.

    BalasPadam
  11. As salam yati
    Kt ats bukit..ni dkt kundang ker...knor tk ingat tmpt tu..tk silap arwah kakak knor juga dikebumikn disitu ..kuang kut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumussalam k.nor
      Atas bukit dekat kuang batu 17 tu k.nor..
      Masuk kat lorong beringin tu..

      Padam
  12. Alahai tengok entri ni rasa pedih pulak hidung kita CH.....haih..... Gitulah.....bila mak dah pergi, hanya pusaralah yg dapat kita lawat ye CH.... Hujan tak awak kat kubur tu?

    BalasPadam
  13. Sedih dan terharu dgn persepakatan keluarga dlm mengurus kubur mak Yati
    Moga doa anak-cucu mak dia tenang di sana.

    BalasPadam
  14. Al-Fatihah buat arwah mak k.Yati.

    BalasPadam
  15. Al-Fatihah...kasih sayang dia hinga ke syurga.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah...sama2 gotong royong kan... kerja jadi cepat...memang biasa nyer camtu lah tunggu tanah mampat dulu baru letak nisan...

    BalasPadam
  17. Semoga doa dari anak kepada kedua-dua ibu & bapanya tidak pernah putus-putus terutama setiap kali selepas solat

    BalasPadam
  18. Al fatihah.. Semoga Roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT. Sedih baca cerita ni.

    BalasPadam
  19. Kejap je siap bergotong royong kan..

    Kdg2 kebumi arini esok lusa dah mendap nak nak kalau hujan. Ni pula laluan air, lagi la. kubur arwah atok dulu pagi2 dorang dh call ayah kata kubur atok berlubang. Panik kami. Rupanya mendap

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)