JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 19 Oktober 2015

JUS AVOCADO A.K.A ALPOKAT ... emmmm dapnyaaa ^___^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Saya beli buah Avocado di Giant pada hari Jumaat masa nak ambil kak Nabilah. Hari sabtu saya pun kupas lah nak cuba makan.. lepas kupas tu saya letak dalam bekas dan pergi kedepan sekejap...
Lepas tu dari dapur dengar nabil melaung kat saya.. 
"Mama.. ni buah apa.. boleh Nabil rasa tak?" tanya nya..
"Rasa lah " Jawab saya..
Tiba-tiba Nabil menjerit " Mama.. apa rasa buah ni .. tak sedap"
Saya pun bergegas kedapur.. saya tengok nabil tengah meludah-ludah didalam singki .. membuang rasa tak sedap dia tu :P
Saya pun mencubalah rasa makan macam tu.. rupanya rasanya lemak sahaja dan tak ada rasa manis pun, saya pun tak pernah makan macam tu je hahhaha :D
Saya kata "buah ni sedap buat jus.. nanti mama buat jus.."



Saya pun meng google lah cara nak buat jus avocado ni dan apa bahan2 yg diperlukan.. tengok bahan semua ada dirumah.. jadi boleh lah saya mencubanya..
Suka pulak Nabil bila dah jadi jus ni .. sampai dua kali dia mengulang minum jus ni.. tambahan pulak dengan coklat tu.. lagi lah suka dia.. saya ambil resepi dari My Recipi tu..

Tips untuk membeli Avocado ni .. 

1. Pilih buah yg berwarna hitam, itu tandanya buah dah masak.
2. Jangan di cungkil kulit, cuma kepal buah tu, jika lembut dah masak.

Jom kita intai resepi yg mudah ni.. kalau beli kat luar mahal segelas Jus Avocado ni.. baik kita buat sendiri ^__^

RESEPI JUS AVOCADO @ ALPOKAT

Bahannya:-
  • 1 biji buah avocado yg masak ranum
  • 1 cawan susu segar
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 3 cawan kiub ais
  • Coklat cair Hershey's
Caranya :-
  1. Korek buah avocado dengan sudu dan masukkan dalam blender.
  2. Masukan susu segar dan susu pekat serta kiub ais.
  3. Blend hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair.
  4. Picitkan coklat cair di sekeliling gelas, tuangkan jus dan hiaskan dengan coklat cair di atas.
  5. Siap untuk dihidang


20 ulasan:

  1. Salam Isnin kak...
    sedap jus avacado ni... kat Sabah ni senang juga nk dapat buah avacado... klu just dlm rm4.90 mcm tu segelas....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu kt bintulu biasa kt mne blh dpt kn jus avokado ye

      Padam
  2. teringin nak minum, tapi takut tak masuk dek tekak..kikiki

    BalasPadam
  3. Kakak belum pernah buat sendiri Yati
    Tapi minum yg beli kat restoran tu adalah..
    Lain kali kakak cuba (kalau ingatlah)..

    BalasPadam
  4. pernah makan buah avocado mcm tu saja, mmg x sedap..hihi..kalau dibuat jus alpukat cam ni, memang laju je..

    BalasPadam
  5. penah makan buah avocado yg kat dalam salad je sebelom ni...minum jus camni tak penah lagi...nampak cam sedap mesti lemak2 manis berkrim gituuuu....penah gak nak try order kat restoren tapi last2 kensel sebab takut tak kene dgn tekak....hehehe

    BalasPadam
  6. Sedapnye kak..falsya penah try buat tp xjadik..hehe

    BalasPadam
  7. sedapnya...dulu selalu minum kat kedai wong solo

    BalasPadam
  8. mmg buah nih x lalu sgt nak makan saja. kalo buat jus ok sket rasanye. tapi buah nih sgt baik utk org tengah diet.

    BalasPadam
  9. kakak pun tak ingat pernah minum atau tidak jus ni tapi rasanya kalau buat sendiri lagi best ...ikut citarasa kita.

    BalasPadam
  10. Baru balik dari Aeon ni, nampak buah Avocado. Teringin nak beli, sebab tak pernah rasa. Kata org banyak khasiatnya. Tp tulah tengok harga sampai Rm19 per kg ke per apa tak perasan. Terus seram nak beli haha....

    Sekarang dah tau le nak pilih buah, kalau nak beli lepas ni

    BalasPadam
  11. Saya tak pernah makan buah mahu pun minum jus avocado ni, CH. Saya ni memang tau, marahkan anak-anak memilih bukan main tapi saya sendiri pun sebenarnya sama aje kalau tiba bab makanan/minuman ni ^_^

    BalasPadam
  12. Kat Sabah buah dan jus avokado byk dijual,harga pun berpatutan & senang nak dapat :)

    BalasPadam
  13. Kat Sabah buah dan jus avokado byk dijual,harga pun berpatutan & senang nak dapat :)

    BalasPadam
  14. dekat pasar ikan d kk mmg terbaik jus avocado...sabah banyak ni

    BalasPadam
  15. dekat pasar ikan d kk mmg terbaik jus avocado...sabah banyak ni

    BalasPadam
  16. Sy gi kk x pernah nmpk jus ini ada jual

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Sy gi kk x pernah nmpk jus ini ada jual

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)