Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 17 Januari 2016

IKAN MERAH STEAM KUAH TOMYAM PUTIH

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu..
Dah masak ke atau pergi kenduri .. kalau gi kenduri tak payah masak.. gantung periuk kuali minggu ni..
Saya tengok dah meleleh air liur bila terlihat di wall FB saya kekawan.. Nak gak cuba .. kita save dulu kat sini :)




Ikan merah stim berkuah tom yam putih

Bahan2 utama:

3 keping besar ikan merah
5 batang serai - di ketuk
1 biji bawang holland- di potong kasar
5 ulas bawang putih - di cincang halus
3 keping hirisan lengkuas
1 inci halia - dihiris nipis
5 helai daun limau - dikoyak2an
9 biji cili api - diketuk
Sebiji tomato - di potong wedges
Sedikit hirisan daun ketumbar

Bahan2 perasa kuah:

7 biji limau kasturi - diperah & diambil airnya( kalau suka lebih masam boleh lebihkan)
2 sudu besar sos ikan
4 sudu besar susu cair
Air 2 cawan
Garam & gula & aji secukup rasa..

Cara..

Satu kan semua bahan2 perasa kuah dalam mangkuk.. Kacau sebati..rasa..
Kalau dah sesuai rasa boleh start kukus..

Sediakan kukusan..
Masukkan kesemua bahan2 utama berserta bahan2 perasa kuah dalam bekas kukusan..

Kukus selama 20 -30minit..
 — dengan Sobarina MohamedShamsul Baharin SulaimanNenek Nur'dhiadan 34 yang lain.

13 ulasan:

  1. Salam hujung minggu..terliur, sedapnya...ikan masak tomyam..

    BalasPadam
  2. Belum pernah buat..bolela cuba nnti

    BalasPadam
  3. Wah nampak sedap tu...

    Selamat berhujung minggu,tengah bermalas2 xtau nak masak apa hihihi

    BalasPadam
  4. sedapnya.. mesti cuba buat juga nanti..

    BalasPadam
  5. sedap ni CH, pernah buat juga ala-ala gini ,makan panas-panas kan :)

    BalasPadam
  6. menu sihat nih kak... main rebus2 ngn stim2

    BalasPadam
  7. saya tengok resepi pun terliur kak,, saya nak save jugalah resepi ni

    BalasPadam
  8. Alahai, CH! Saya baru decide tak mahu makan tengahari. Ambil heavy breakfast pagi tadi. Tapi bila tengok resepi ni, tetiba aje rasa lapar. Rasa lapar tau, bukan rasa nak cuba buat kat rumah! Hahaha!

    BalasPadam
  9. Eerrrrr kesal masuk entri ni.
    Ha ha ha...
    Terus perut berbunyik

    BalasPadam
  10. Eerrrrr kesal masuk entri ni.
    Ha ha ha...
    Terus perut berbunyik

    BalasPadam
  11. Bak copy paste resepi. Sedapnya. Terliur dah ni

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)