Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 29 Januari 2016

Al Kisah Si KELEDEK UNGU ~__^

Salam petang yang ceria kekawan :)

Tersebutlah kisah si KELEDEK UNGU ini adalah untuk dibawa ke Family Days FIL di Afamosa tu sebenarnya.. entah macam mana boleh kalut nak cepat maka terlupa lah nak mengambilnya dari peti ais.. beli sudah lah banyak.. konon nak dibakar disana..
Apabila kak long mengeluarkan ubi kayu untuk dibakar barulah saya teringat keledek ungu saya ni..

Maka untuk memenuhi keinginan saya bakarlah guna pemagang ajaib saya yg telah banyak berjasa tu ^__^ 
Sekejap ajer dah siap dalam 20 minit jer saya bakar dengan api yang sederhana ye kekawan.. nanti tak pasal2 pulak rentung ;)

Saya bakar masa cuti thaipusam tu lah kan.. anak2 pergi sekolah sebab sekolah mereka ganti dengan cuti raya nanti.. apabila mereka balik sekolah dapat lah menikmati keledek bakar saya ni..
Nabil kata" emmm sedapnya mama" boleh buat lagi..
Kata saya "kalau bakar dengan arang lagi sedap dan wangi, tu lah terlupa nak bawa tu hari kat Afamosa tu"
"Tak apa mama ini pun dah sedap ni" sampuk najeeha..
Memang sedap keledek ungu ni sungguh empuk isinya..

Petang itu juga saya buat Pengat/Bubur Keledek Ungu.. 
Dah banyakan kena lah saya masak pelbagaikan.. tu ada lagi dalam peti ais , tunggu kak nabilah balik untuk dibakar lagi.. mahu nangis dia jika dapat tahu yg kami berjimba-jimba makan keledek ungu ni ~___^

En suami memang peminat pengat/bubur .. tak kira lah apa jua jenis pengat yg dimasak.. akan dimakannya dengan jayanya :D


RESEPI PENGAT KELEDEK LABU

Bahannya :
- 3 biji keledek ungu (potong ikut suka)
- 1 1/2 cawan tepung pulut 
250ml santan (santan kotak pun boleh)
1 cawan air
1/2 cawan gula kasar
1 ketul gula melaka (saya guna kiub sederhana kecil tu)
Daun pandan
Secubit garam

Caranya :-
1. Tepung pulut dibancuh dgn air, sehingga ianya menjadi doh yg boleh digentel seperti gambar diatas. Pastu warna warni kan ikut warna yg digemari dan kemudian gentelkan bulat2.
2. Lepas tu masak gula merah dgn 1 cawan air. Bila dah masak tapis dan ketepikan.
4. Kemudian masukan satu cawan air , gula merah yg masak tadi , gula putih , keledek,secubit garam dan santan, kacau sebentar 
.
5. Apabila keledek dah nak agak empuk, masukan tepung pulut yg digentel2 bulat tadi dan masukan simpulan daun pandan. Tunggu sehingga masak.
7. Kemudian rasa manis dan lemaknya. Jika secukup rasa dan bahan semua dah masak bolehlah dihidangkan.


13 ulasan:

  1. waaa... sedapnya keledek bakar... memang cepat jer kalau guna pemanggang ajaib tu kan.

    BalasPadam
  2. Keledek bakar memang sedap..

    BalasPadam
  3. sedapnya keledek ungu jarang dpt jumpa ni..

    BalasPadam
  4. salams jumaat kak yati, bestnya....teringat keledek kat Jusco:)

    BalasPadam
  5. Agaknya, kalau bawa ke family day tu mesti meriah sakan kan...

    BalasPadam
  6. Ni antara ubi tersedap kalau dipanggang atau rebus gitu saja.

    BalasPadam
  7. keledek ungu mmg manis rasanya berbanding yg kaler putih atau oren..

    BalasPadam
  8. Lama dah tk mkn keledek bakar, tingat zmn kecik2 dulu, main pondok2 sambil bako keledek, hi hi...cerita ank kampung

    BalasPadam
  9. Oooo bkr pki kuali ajaib ke? Tq kak bg idea. Nnt LM bakar pki tu. tak terfikir pulak. Selama ni rebus je

    BalasPadam
  10. Lamanya kita tak makan keledek bako CH. Dulu masa tgh sawan mmg selalu jugaklah bako dlm oven...

    Haih ...nak cari keledek ungu jugaklah.
    Mak ni penggemar pengat jugak CH , tapi tulah nak buatnya maleh!

    BalasPadam
  11. Lama betul tak makan keledek, tak kiralah apa warnanya. Hari ni dua kali baca kawan-kawan bercerita pasal keledek. Mahu saya tak meroyan teringatkan keledek pulak tiba-tiba!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)