JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 5 Januari 2016

Terlajak RAJINNNN ^___^ NASI GORENG AYAM BEREMPAH .... Banyak Seredak :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Projek masak ini masa cuti tahun baru itu hari.. Nabil kata nak Nasi Kukus Ayam Berempah.. gigihlah mama nya membuatkan.. tapi nasi tu saya masak biasa.. tak terlajak rajin pun nak mengukusnya.. kalau nak kukus nasi kenalah masak banyak mana tahu nak menambah.. ternyata tepat tekaan saya Nabil bertambah 3 kali hahaha .. ambik ko.. semenjak dah berkhatan ni makan bertambah-tambah.. ada harapan jadi abang sado ni..


Resepinya saya ambil dari Blog Dapur Madiha.. memang sedap, wangi dan yg penting banyak seredak .. itu lah yg Nabil paling suka.. masa tu ayam tak ada dalam peti ais saya.. yg ada hanya burung puyuh gred AA tu yg besar tu.. Minta izin ye Madiha akak tempek resepi kat sini pula :)

Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak

Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
½ sudu kecil aji (optional)
Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus

Bahan kisar kering (guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik.. kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai (ini adalah untuk dapatkan serdak yg panjang2)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit) 
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji

Cara2 menyediakan.  
1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos(kulit ayam memang ku buang tiap kali memasak.. terpulang anda nak buat atau tak).

2. Bahan2 kisar di atas.. dikisar menggunakan food processor atau blender kering.  Kalau guna blender kering, blend sikit2 ye sebab kalau masuk semua takut tak muat.  Cara nak kisar tu.. tekan on & off dengan kadar yg sekejap je. Jangan biarkan on lama sangat baru nak off sebab kadang2 bahan2 dalam tu tak dapat turun & berputar sangat.  So bila kita off tu.. sekali sekala kita keluarkan dari 'ibu blender' tu.. dan kita goncang2kan isi dalamnya (nak kena wat demo ni baru org faham.. hehe) supaya bahan2 dalam tu bercampur & dpt berpusing & hancur dengan elok. So lakukan beberapa kali macam tu ye. Kadang2 MaDiHaA buka dulu blender tu dan keluarkan bahan yang dah lumat bahagian bawah gunakan sudu & sambung kisar lagi baki yang belum lumat kat bahagian atas tu.
Alternatif lain kalau tak pandai nak guna pengisar kering untuk blend bawang.. boleh juga guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai.

3. Perapkan ayam & semua bahan2 kisar & bahan2 perasa & gaul sebati.  Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.

4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali.

5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. (Yang dalam gambar tu hanya sebahagian je serdaknya.. ada lagi dalam mangkuk kecik lain.. hehe..) 

6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan.  Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain.  Memang besttt! 



Saya regukan dengan sambal hijau.. selalunya mereka regukan dengan sambal belacan kan.. tapi anak2 dan en suami suka sambal hijau.. bila sebut sambal hijau teringat pulak arwah mak.. entri saya yg disini apa-yang-mak-saya-rindu-di-bandung
 Al fatihah utk arwah mak semoga damai disana..


Resepinya saya copy paste kat blog saya di entri tu lah..


RESEPI SAMBAL HIJAU INDONESIA


Bahan-bahanya :-
  • 20 biji cili api (terpulang kalau nak pedas tambah lagi... pastu pilih yg warna hijau jer tau )*
  • 5 biji cili hijau*
  • 7 biji bawang merah* (dikukus)
  • Semangkuk kecil ikan bilis (ditumbuk sedikit aje, jgn lumat sangat)
  • garam secukup rasa
  • Minyak 3 sudu besar 

Cara-caranya :-

  1. Mula-mula kukus bahan yang bertanda *, kemudian tumbuk sedikit jgn lumat sangat bersama garam.
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ikan bilis tadi sehingga sedikit garing.
  3. Selepas itu masukan cili yg telah ditumbuk tadi.
  4. Kemudian goreng sehingga naik bau wangi.. rasa sama ada garam cukup rasa ke tidak... tambah garam jika perlu.
  5. Siap untuk dihidangkan :D

Untuk kuahnya gulai daratnya saya ambil resepi dari Blog Chef Haniza.. tapi saya ubah ikut bahan-bahan yg ada dalam rumah saya... hahaha banyak benor derhaka ko memasak ye yati.. saya guna suku jer dari bahan-bahan chef haniza ni.. pandai-pandailah kekawan ekjas ye.. janji jadi dan sedap..



Saya mohon tempek resepi kat sini ye chef haniza.. kekawan boleh terjah blognya disini nasi-kukus-ayam-goreng-berempah

Resepi Gulai Daging ala Utara

Bahan-bahan

1 kg daging bahagian tulang
4 biji ubi kentang - dibelah 2
2 sudu besar kerisek
1 sudu besar minyak sapi
1/2 senduk minyak masak
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Daun kari
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Rempah Tumis:

1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 batang cengkih
 6 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan pes Rempah:

1 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan  manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara Memasak:

Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut.
Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periok. Tumis bahan kisar, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau
Bancuh bahan pes rempah dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk tadi.  Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak
Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali.  Kemudian masukkan ubi kentang, kerisek dan santan cair.  Masak sehingga mendidih dan ubi empuk
Masukkan santan pekat dan teruskan memasak sehingga kuah menjadi pekat.  Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.

Tadaaaa ... maka jadilah saya punya masak yg kata terlajak rajin tu.. apa taknya tiga bahan nak dimasakkan.. tapi amat berbaloi-baloi .. semua orang suka.. saya buat utk makan malam tu.. pukul 4pm saya dah mula bersilat didapur. Masa tu kan hari jumaat.. masa tengahari tu mereka makan nasi goreng kampung dan mee hoon goreng Singapore yg banyak tu..

Sedaplah mama kata Nabil.. Boleh tambah nasi tak.. kan betul saya kata.. baik saya tanak nasi macam biasa.. tak terlajak rajin utk mengukus nasi tu.. Pastu esok pagi boleh Nabil tanya lagi.. ada tak mama nasi dgn goreng puyuh berempah semalam tu.. pada hal saya dah masak spaghetti utk pagi tu.. kakak Nabilah yg minta.. mujur ada berbaki 2 bahagian goreng burung puyuh , kuah dan sambal hijau tu.. sebab malam tu en suami tak makan sebab pergi majlis tahlil dan doa selamat jiran tu.. jadi ada lah rezekinya utk makan pagi tu bersama nabil..



15 ulasan:

  1. Salam 2016 CH....
    Sedapnya CH oiiii......terliur weyh. Tgh pikir nak masak apalah tengahari ni. Bagus gak idea hang ni CH. Tp dah keluarkan ikan pulak.
    Lama dah teringin nak goreng ayam berempah mcm tu....tp belum terbuat lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas sunat biasanya mmg selera makan kan. Ada harapan jadi abg Sado tu CH, mcm anak sulung dulu

      Padam
  2. Memang terlajak rajin la yatie, banyak nak kena masak tu. Tp puas hati bila semua suka kan.... hilang penat bersilat kat dapo.

    BalasPadam
  3. Rajin sungguh yatie ya..memang sedap kan apatah lagi ibu yang masak tentunya nabil bertambah2.
    Sedap tu makan serdaknya pun ok pe..

    BalasPadam
  4. fuhhh..torbaik la menu akak ni..

    BalasPadam
  5. mmg sesuai sgt lah regu2nya tuh.... itulah masa tgk yg akak nk perapkan tuh nape kecik2 mcm burung puyuh sbb atas tu kt tajuk tulis ayam hehehhe...

    BalasPadam
  6. amboi nabil kemain berselera makan sejak dah sunat..3 pinggan nasi dia makan..makanan peberet dia tu..dh dia nak makan..layankan ajelah

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...

    Kalau bulan puasa ni...mesti sedap lagi terbayang2....

    BalasPadam
  8. SEDAPNNYA NASI KUKUS BANYAK PULA LAUKNYA...

    BalasPadam
  9. sedapnya sambal hijau.. terliur pulak. ntah kenapa sejak dua menjak ni suka sangat makan masakan berasaskan cili ni

    BalasPadam
  10. Makan panas2 ayam atau burung puyuh goreng tu..hurmmmmm...nikmat..

    BalasPadam
  11. sekali tgk sy igt burung puyuh tadi ;-)

    BalasPadam
  12. menarik sambal ijau tu.
    mesti sedap.
    1st time aida tgk resepi kena kukus cili & bwg :)
    nice sharing.

    BalasPadam
  13. Baguslah selera Nabil dah semakin baik. Dapatlah peluang sama rata nak pegang title abang sado ^_^

    Saya pernahlah buat sambal hijau tu sebab tiba-tiba teringin. Kes teringat masa kecil-kecil dulu mak/kakak rajin buat sambal hijau ni. Pelan-pelanlah buat walaupun tak pernah buat sebelum ni katanya ^_^

    Endingnya macam biasalah, CH. Saya seorang aje yang berselera nak makan sambal hijau ni. Yang lain-lain dalam rumah tu langsung tak mahu cuba! Sadis betullah!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)