Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 6 Januari 2016

Carilah KEHIDUPAN Bukan AKSESORI KEHIDUPAN.....


Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka.  Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini.  Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan minuman kopi untuk tetamu-tetamunya.

Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi minuman kopi dan beberapa jenis cawan.  Ada cawan yang diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal.  Ada cawan yang kelihatan ringkas sahaja.  Ada yang nampak murah.  Dan ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri.  Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan minuman kopi itu dan menuangkan sendiri ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk, warna dan buatannya itu.  Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya.  Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda.  Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada kopi yang anda minum.  Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya.  Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah minuman kopi itu.  Bukan cawannya.  Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan.  KEHIDUPAN adalah ibarat kopi.  Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah ibarat cawan.  Yang mana ia hanyalah bekas kepada KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini.  Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati MINUMAN KOPI itu.  Jadi, nikmatilah dan tumpukanlah kepada KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara.  Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana.  Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah… dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna.  Jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan.”

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas.  Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’ yang dipetik dari spiritual-short-stories.com.  Penulis asalnya tidak diketahui. πŸ€”

Sumber : Whatsapp

16 ulasan:

  1. Hanya kerana ada nafsu itulah kita selalu terlalai Yati
    Sebab itulah betapa pentingnya kita mengawal nafsu agar tak sibuk nak cari 'cawan cantik' aje sedangkan 'kopi' yg diminum tetap sama saja.

    BalasPadam
  2. betol lah.. Zaman sekarang ramai yang lebih dulu memenuhi kemahuan. bila kemahuan terlalu tinggi. kita akan terhimpit dlm memenuhi keperluan. huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Itulah masalahnya kan..kita cuma ghairah pada kulit yg cantik sedang kulit yg cantik kadang2 menyembunyikan isi yg busuk seperti juga durian cantik tapi isinya separuh buruk..

    BalasPadam
  4. baru jer ky baca dalam grup wassap..

    BalasPadam
  5. AKSESORI KEHIDUPAN MMENJADIKAN KEHIDUPAN KITA TERLALU MAHAL KAN...

    BalasPadam
  6. Betul tu Yati...saya suka kopi! hihi

    BalasPadam
  7. Deep... thank you Kak Yati for the sharing...

    BalasPadam
  8. Yesss ...jgn tgok pd mahalnya cawan tu.., tgok isinya..sedap ker idak...air masak pun sdp juga...klu minumm kt cwn cantik..smgt jer nk minum..kita bgi cwn hadiah bli colgate jer...hihi

    BalasPadam
  9. Yesss ...jgn tgok pd mahalnya cawan tu.., tgok isinya..sedap ker idak...air masak pun sdp juga...klu minumm kt cwn cantik..smgt jer nk minum..kita bgi cwn hadiah bli colgate jer...hihi

    BalasPadam
  10. Betul tu, CH. Saya setuju dengan inti pati cerita yang disampaikan di sini. Kita ni selalu memandang pada luarannya sahaja. Asal nampak cantik, kita kata bagus. Tapi tak pernah nak mendalami sebaik mungkin maksud yang tersirat. Kehidupan yang baik bukanlah dek kerana luarannya nampak hebat sahaja. Kalau pun hebat tapi hati tak tenang, itu pun bukanlah kehidupan yang kita mahukan, betul tak?

    BalasPadam
  11. Kita pernah tengok video dia CH....mmg cukup terkesan dihati...
    Sebenarnya dlm hidup ni, semuanya terletak pada diri kita, kita yg memilih utk bahagia walau dlm apa keadaan sekali pun..

    Eh ye ke? Hihi....

    BalasPadam
  12. Kita pernah tengok video dia CH....mmg cukup terkesan dihati...
    Sebenarnya dlm hidup ni, semuanya terletak pada diri kita, kita yg memilih utk bahagia walau dlm apa keadaan sekali pun..

    Eh ye ke? Hihi....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)