JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 16 Januari 2016

STRAWBERRY SNOW PUDING

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti di hari sabtu..
Kalau dah termuncul resepi macam ni..apa lagi bila sekodeng FB.. pastu melintas pulak kat wall puding yg nampak sedap ini.. jadi kita save dulu kat sini :)


STRAWBERRY SNOW PUDING

Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Telegram Chanel : telegram.me/daridapur 
Bahan-bahan :

Bahan2 lapisan atas:

4gm agar-agar serbuk
200ml susu segar
40gm gula pasir halus
175ml whipping cream - sy guna non-dairy whipping cream
Buah strawberi secukupnya - potong ikut suka

Cara2:

1. Sediakan bekas/loyang. Sy guna bekas plastik je. Bilas ngn air & susun buah strawberi
2. Satukan semua Bahan Lapisan Atas kecuali non-dairy whipping cream. Masak atas api perlahan hgga gula larut sepenuhnya
3. Tutup api & masukkn non-dairy whipping cream. Kacau sebati
4. Tuang adunan Lapisan Atas ke dalam bekas dr Langkah 1. Biar sejuk.
Adunan Lapisan Atas yg telah dimasukkn dlm bekas

Bahan2 lapisan tengah:

4gm agar-agar serbuk
4 biji strawberi
2 tbsp sirap strawberi
1 tbsp filling strawberi
120ml air
2 tbsp susu segar perisa strawberi
1 tbsp gula pasir halus
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink

Cara2:

5. Pukul putih telur hgga jd meringue. Ketepikan jap
6. Kisar bersama strawberi, air & pewarna hingga strawberi lumat
7. Masukkn hasil kisar ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, sirap strawberi, filling strawberi, susu perisa strawberi& gula. Masak hgga agar-agar & gula larut sepenuhnya. Angkat & biar suam
8. Masukkn sedikit adunan strawberi dr Langkah 7 ke dalam adunan meringue & pukul perlahan hgga sebati. Pastu masukkn baki adunan strawberi ke dalam adunan meringue. Pukul perlahan hgga sebati
9. Tuang adunan dr Langkah 8 ke dalam bekas yg telah berisi Lapisan Atas td. Sebelum tuang tu, cakar2kan permukaan Lapisan Atas dgn garfu supaya kedua-dua lapisan dpt bercantum ngn kuat. Biar sejuk
Adunan Lapisan Tengah yg telah keras & dicakar-cakar ngn garfu

Lapisan Bawah (Sama bahan & sukatan dengan Lapisan Atas)
4gm agar-agar serbuk
200ml susu segar
40gm gula pasir halus
175ml whipping cream - sy guna non-dairy whipping cream

Sediakan Lapisan Bawah ni sama seperti menyediakan Lapisan Atas. Apabila dh siap tu, tuang adunan Lapisan Bawah ni ke atas Lapisan Tengah yg telah dicakar2 ngn garfu
Adunan Lapisan Bawah yg telah dituang di atas Lapisan Tengah
Susun buah strawberi lg
Biar puding sejuk & masukkn dlm fridge..Dh btol2 sejuk baru la potong & hidang

10 ulasan:

  1. Mcm sdpppp sgt tu..bolehlh bt ntiii
    Musim pns elok mkn puding...ye dakkkk

    BalasPadam
  2. byk lak step nak buat tu . tgk mmg nampak sedap ...

    BalasPadam
  3. Eh nampak menarik sgt ni.. saya nk try buat la..

    BalasPadam
  4. Erk cam banyak kerja...erkkk..nak makan je boleh tak.?

    BalasPadam
  5. Tak pernah buat agar agar yg dicampur dengan putih telur CH..... mesti mcm berkabut kan structure dia....

    Nampak ayu jer agar agar ni.....merah putih

    BalasPadam
  6. nampak segar strawbery tu.. mesti sedap..

    BalasPadam
  7. Ya Allah! Dugaan apakah di pagi Isnin ni, CH! Lapar weyh. Terkebil-kebil mata tengok strawberry tu merelip-relip kat puding katanya. Menggoda sekali CH.... sukar betul nak menghalang nafsu lapar kali ni ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)