JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 6 Januari 2016

RAIKAN CINTA DI TAHUN BARU & GULAI KEMUMU MENGGAMIT KENANGAN

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..

Pada hari Sabtu 2hb Jan 2016 , saya balik Kuang nak ambil baju sekolah kak Nabilah dirumah kak lang di Kundang, sebelum tu kita orang dah janji nak pergi kenduri anak kak Noni ni, beriya dia menjemput, pastu dia minta kak andak menyanyi ;) 
Memenuhi permintaan mak pengantin ni menyanyilah lagu pengantin baru utk pengantin yg sedang duduk bersanding tu.. menu memang sedap.. ada masakan kampung dan lauk kenduri pengantin yg biasa tu.. Kak Nabilah punya suka sampai letak dlm mangkuk lagi masak lemak rebung dgn daging tetel tu.. saya pun pilih masakan kampung tu juga.. perkahwinan ni diraikan di Dewan Perhebat Kem Tentera Sg Buluh tu.. arwah mak kak Noni ni kawan sekampung dgn arwah mak jadi disini jumpalah kekawan arwah mak.. bila bersalaman dgn mereka berpelukan lah kami.. ada juga yg telah uzur juga.. duduk diatas kerusi roda..

Muhammad Helmi 

Balik dari rumah pengantin tu singgah rumah mak.. rumah tu kak andak yg tinggal sekarang.. saya tak tengok lagi cucu baru kak andak tu.. baik sungguh cucunya.. tak banyak ragam.. lepas tu pergi rumah alang dan anak2 saya kata nak tido rumah mak lang dia.. sebabnya kak Nabilah tu nak tengok cerita Tersuka Tanpa Sengaja yg dirakam oleh kak lang tu.. layan kan jer lah sebelum dia balik madrasah tu..



Pagi ahad tu pergi pasar pagi Kundang tu.. jejalan ternampak pulak batang kemumu.. saya pun sambar lah satu ikat.. dah lama tak makan ni kan  lang kata saya.. ha'ah , teringat pulak arwah mak kata alang.. mak suka sangat gulai ni.. kalau datang rumah alang mesti suruh masak kemumu ni.. emmm menggamit kenangan lagi.. di entri ni mak suka gulai kemumu

Inilah pokok batang kemumu ni kekawan.. nampak macam keladikan tetapi bukan.. gambar ni saya ambil yang dulu , nampak kesan saya potong 3 batang tu, masa tu kak Sah belakang rumah alang tu ada tanam.. skrg dah mati katanya.. kekawan panggil apa ye.. kekadang kat tempat lain panggil lain kan..

Saya masak gulai kemumu di Shah Alam, lepas sarapan dirumah kak lang terus balik.. sebab petang tu nak hantar kak Nabilah balik madrasah. Tak sangka bila saya masak ni anak2 dan en suami suka. Sedap dan tak gatal macam batang keladi tu ..


RESIPI GULAI KEMUMU DENGAN UDANG


Bahan-bahanya :

  • 300 grm udang sederhana besar
  • 3 batang kemumu 
  • 5 biji cili api ditumbuk 
  • 2 biji cili merah ditumbuk
  • 3 biji bawang merah di tumbuk
  • 1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
  • 1 mangkuk Santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 batang serai dititik
  • Garam secukup rasa
  • Asam Keping
  • Daun Kunyit

Cara-caranya:
  1. Buang kulit nipisnya.Potong batang kemumu lebih kuran 11/2 inci kemudian rendam dengan air garam. Ketepikan
  2. Masukan bahan tumbuk dengan santan cair tadi. Masak hingga mendidih
  3. Kemudian ramas-ramaskan batang kemumu tadi , lepas tu cuci dan toskan.
  4. Masukan udang, sedikit asam keping,garam dan batang kemumu, kacau hingga mendidih.
  5. Kemudian masukan pati santan dan daun kunyit, kacau sentiasa nanti pecah santan, lepas mendidih sekejap. Bolehlah ditutup api, siap untuk dihidang.

14 ulasan:

  1. Sebiji macam keladi ya. Kak Zai tahu keladi aje tak tahu pun kemumu.

    BalasPadam
  2. Btg keladi ke yati..pernah mkn masak di kmpung..
    Rindu dtg balik ni.., I love kampung

    BalasPadam
  3. 1st time dgr perkataan kemumu...apa rasanya kak ?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak yati. Comelnya baby!! Klu baik elok tido geram nk gomol kacau2 je kan?

    Eh kemumu tu rupa mcm keladi hiasan sy tak kenal la klu org suruh cari. Kantoii.. Hihi.

    BalasPadam
  5. First time saya dengar pasal kemumu ni..
    Boleh kira hidangan yang rare lah ni...

    BalasPadam
  6. Kakak pun tak tau apa itu kemumu ...yg tau batang keladi je.
    Tentu sedap kan

    BalasPadam
  7. saya tak tahu pun kemumu ni kak..hehehe, yang tahu batang keladi

    BalasPadam
  8. Tak pernah makan Kemumu ni CH....selama ni ingatnya pokok keladi je le.
    Baguslah anak anak awak CH semua sayur boleh makan. Budak budak dlm rumah ni kurang gemar makan sayur, lagilah yg pelik gitu mmg tak disentuhlah. Mmg jaub bezalah dengan maknya yg semua dibedal....hihi...

    BalasPadam
  9. aida x tau kemumu ni.
    memang la tak reti.
    nampak sedap bila nampak udang tu berenang2 di situ :)

    BalasPadam
  10. Tahniah pengantin.Semoga berkekalan ke syurga. Alahai baby tu comel sangat. Nani tak pernah makan kemumu :D

    BalasPadam
  11. subhanallah...comelmya baby helmi :-))

    BalasPadam
  12. Oh, bukan keladi ya CH? Saya ingatkan keladilah tadi. Maklum orang buta tanam-tanaman memang macam ni gayanya. Umur aje dah tua, pengetahuan bab-bab sayur-mayur ni failedlah saya ni, CH ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)