Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 15 Januari 2016

Alhamdulillah.. Dah Pandai Siang Ikan si Chef Nabilah # Masak Pulak ASAM PEDAS IKAN BELANAK :)

Salam petang yg ceria kekawan :)

Pagi Sabtu selepas sarapan pagi tu Nabilah bertanya" Mama tengahari nak masak apa?. "Pergi tengok apa yg ada dalam peti ais tu" jawab saya. Bila dibuka tinggal ikan belanak yg belum disiang, cuma dibuang sisik ajer.. di pasar ikan kecil macam ni mereka tak siang. Jadi saya ajar dia siang ikan. Saya cakap kena buang semua darah-darah yg melekat kat ikan ni, darah kan najis, nanti kita termasak bersama najis sekali jadi haram. Dia pun mula menyiang ikan ni dalam bilik air. Yang geli hati saya dengan Najeeha ialah mulut dia yg membebel cakap kat ikan.. "eehh ikan bulih duduk diam2 tak.. susah tau gerak2 ni.." serupa macam hidup jer ikan tu dibuatnya.. Najeeha kata "mengapa kakak tu mama, cakap dgn ikan" biarkan.. janji dia suka.. 
Tak lama dia lepas tu dia bawa keluar ikan yg dah siap tu.. MasyaAllah .. bila saya lihat memang bersih dia menyiangnya.. "Pandai kakak siang ikan" puji saya.. kita kena sediakan makanan yg halal utk keluarga tau.. walaupun ikan ni halal tapi jika berdarah dia dah jadi najis tau.. dulu arwah uwan ajar mama siang macam ni lah.. (siapa nak pinang buat menantu Nabilah ni hahahha)

Lepas tu tentulah dia tanya nak masak apa kan.. saya ajar dia masak asam pedas ikan belanak ni.. dah en suami tu kan sekurang-kurang sekali seminggu mesti ada masak asam pedas ni kan.. dah kata orang Muor + Melaka.. inilah lauk kegemaran.. baru bertambah makan ~__^

Senang ajer kan kekawan asam pedas ni kan kekawan..
Jom lah intai resepinya :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN BELANAK

Bahannya :-
  • 10 ekor ikan Belanak - size macam gambar diatas
  • 2 batang bunga kantan belah 2
  • 5-7 sudu besar cili kering kisar
  • 6 Bendi kerat 2
  • 1 biji tomato kerat 4
  • Sedikit daun kesum
  • 1 sudu kecil asam jawa dengan secawan air (saya guna adabi)
  • garam
  • 3 biji bawang merah*
  • 1/2 inci Halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*(*dikisar)
Caranya :-
  1. Panaskan minyak masak didalam periuk, kemudian tumiskan bahan kisar dan cili kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukan ikan, gaulkan mesra, lepas tu masukan jus asam jawa tu.
  3. Kacau sebati, kemudian masuk daun kesum, bendi dan bunga kantan. Tunggu sehingga bahan masak dan mendidih, rasa garamnya.
  4. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas


Tengahari tu berselera lah en suami makan asam pedas ikan belanak ni.. isi ikan belanak ni kan lembut jer.. semua orang suka.. yg nabil memungut sayur bendi tu.. suka sangat dia :)

16 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa....dah lama tak beli ikan belanak ni..terliur la pulak...memang sedap dibuat asam pedas..
    bagusnya..Nabilah dah pandai siang ikan..dah pandai buat kerja dapur..:)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah pandai anak CH masak, nanti aunty bole rujuk resepi di sini :)

    BalasPadam
  3. SEDAPNYA IKAN BELANAK MSK ASAM PEDAS...GORENG GARING PUN SEDAP TU...

    BalasPadam
  4. Lama kak Zai tak membeli ikan belanak malas nak menyiangnya.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...ringan kerja mama dia...sedap ke akak ikan belanak tu..x pernah cuba..hihi

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...bagus akak ajar dia dari kecik... nnt besar2 dah x kekok buat keje.. kot mama x sihat..blh harap kat dapur..

    saya pernah tgk orang masak ayam..masih dengan darah2... x lalu makan... geli plak rasanya..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...mmg betul2 dah boleh diharap Nabilah ni kan kak...suka saya dengar cerita pasal dia ni...
    akak kirim salam kat dia ye...

    BalasPadam
  8. Seronok kan bila anak2 dah besar boleh menolong yang mana patut, anak Aina umur 15 tahun kerja2 lain ok tapi bab siang ikan memang tak le geli katanya.

    BalasPadam
  9. Tadi pun saya buat asam pedas CH....tp ikan pari. Untunglah ada anak dara yg rajin ke dapur. Tak lama lagi hang masuk dapur untuk makan jerlah nampaknya CH....

    Ikan belanak ni kita jarang beli. Tp pernah makanlah, selalunya goreng jer

    BalasPadam
  10. sedapnya nampak.. lama tak makan asam pedas tumis.. nak2 asam pedas melaka....

    BalasPadam
  11. ikan belanak ni selalunya buat ikan masin kan ...

    BalasPadam
  12. Untung ada anak dara, boleh tolong siang ikan.
    Sedap asam pedas. Saya pun suka juga, buat colek roti petang-petang. :)

    BalasPadam
  13. sedap asam pedas.. kesukaan aiza..

    BalasPadam
  14. alhamdulillah..pandai nabilah siang ikan.. wahh..sedapnya asam pedas

    BalasPadam
  15. Nasib baik anak saya takda sebaya tau, kalau tidak dah kupinang si Nabilah ni siap-siap! Save siap-siap jadi bakal menantu. Hahahah!

    Nabilah, aunty ni pun belum lepas siang ikan tau! Sebabnya aunty penggeli dan penakut. Ikan kat rumah semuanya disiang si tukang jual ikan, kalau yang kecil tu memang HDlah jadi mangsa. Selagi tak disiang, memang tak bermasaklah jawabnya! Afdal sangatlah kalau aunty pinang Nabilah siap-siap! Wakakah!

    Saya tak pernah makan ikan belanak ni, CH. Maklumlah menu saya ni limited. Kalau asam pedas biasanya ikan yang saya biasa aje yang diasampedaskan!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)